Friday, December 31, 2010

SeMuA kEtEnTuAnNYA bAiK

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Tik tok, tik tok, tik tok, tik tok, masa terus berjalan, berjalan dan terus berjalan sehingga tiba saat akan berhenti dan itulah detik pertemuan antara kita dengan SANG PENCIPTA. Sudah bersediakah kita..? Tepuk dada tanyalah iman. :)

Okey, sekarang ana akan mulakan entry terbaru berkaitan dengan “ketentuan YA RABB”.

“ Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya” dan “Setiap ketentuanNYA juga adalah yang terbaik buat hamba-hambaNYA”

Kat sini ana akan kongsikan sebuah kisah tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Jom kita sama-sama ikuti kisah ini...

Pada suatu hari, menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasakan kesakitan. Raja pun bertanya kepada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru sahaja dialaminya.

“Baik, wahai raja.” Jawab menteri itu tanpa keraguan.

“Apa? Kamu katakan ini baik?” Raja terperanjat dengan jawapan itu.

“Ya, wahai raja. Itu baik.”

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya, “Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?”

“Baik, wahai raja.” Jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasakan menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja sendiri tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.

Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan. Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja. “Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita.” Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak untuk dijadikan korban,” Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menteri yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu, “Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik.” Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata, “Saya berada dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat.”

Konklusinya, semua yang ditetapkan oleh ALLAH adalah yang terbaik walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada disebalik ketentuan itu.

Wallahualam.   

Monday, December 27, 2010

KhAs BuAtMu

Assalamualaikum w.b.t.
Entry kali nie sangat ringkas tapi padat dengan isi...
Betul ke..???
Ana pon tak tahu... hehehe...
Nak taw apa dia..??
Okey...
Sila saksikan video di bawah...
Jangan lupa hayati lirik lagunya...

video

Macam mana..?? Best tak..?? :)
Harap-harapnya, sahabat sekalian dapat ambil input penting yang ada dalam lagu nie ok...
Akhir kata.. Selamat beramal... ^_^

Sunday, December 26, 2010

HaKiKaT iNsAn


Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar..
Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan..
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan..
Adalah lebih suci dan utama terkorban diabaikan..
Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan..
Sehingga mencemari keimanan kugadaikan..
Sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan pengorbanan perwira dan srikandi yang setia..
Itulah bahananya cinta pada dunia..
Memusnahkan cinta hakiki Ilahi..
Memberi kekecewaan di hati sanubari..
Berapa ramai insan yang mendamba pada dunia..
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu..
Terpesona jiwanya dan terpudarlah imannya..
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian..
Oh Tuhan..
 Kurniakanlah ke hadratMu pengharapan..
Pimpinlah hambaMu ini agar tidak terpedaya lagi..

Kekadang hati merintih derita..
Jiwa menangis sedih..
Akal mengeluh letih..
Sakit otak mengenang kenangan yang perit sehingga terhapus memori yang indah..
Namun..
Hakikat hidup takkan berubah..
Masa tak akan berputar lagi..
Yang perlu diubah adalah diri kita yang menghadapinya..
Hati kita memilih jalan..
 Akal kita mengatur langkah dan iman meluruskan arah..
Moga kasih Allah sentiasa bersama kita..

Bila kau letih dan hilang semangat..
 Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
 Allah telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah setia disisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan..
Allah ada penyelesaiannya..
Bila tidak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa..
 Allah adalah jawapannya…

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata..
Syukurlah kiranya ada yang menyakitimu kerana dia mengajarmu erti tabah..
Syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu kerana dia mengajarmu berdikari..
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun lagi..
Syukurlah kiranya ada yang menyiksamu kerana dia mengajarmu kesabaran dan ketabahan..

Ya Allah..
Banyak sekali impianku..
Namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon padaMU..
Ya Rabb..
 Kau amat suka hambaMU yang berdoa padaMU..
Hamba akan terus memohon padaMU..
Moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan yang telah Kau takdirkan untukku..
Dan moga hamba sentiasa redha dengan suratanMU..
Walaupun ia bercanggah dari keinginanku..
Kerna Kau yang mencipta diriku..
Pasti Kau tahu YANG TERBAIK buatku…

AMIN YA RABBAL A’LAMIN…..


Wednesday, December 22, 2010

TeKa-TeKi AbU nAwAs

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Bersyukur sangat coz Allah masih memberikan kekuatan untuk ana menukilkan sesuatu untuk blog yang tercinta ini... hehehe
Kali nie ana nak ceritakan sebuah kisah mengenai Abu Nawas vs Imam Hanbali...
Kisahnya bermula dari.... PRIT!!!!!!!!!!! (tak ingatlah bunyi wisel macam mana... tue kot bunyinyer...) J
Matahari hampir tenggelam di ufuk barat. Cahaya senja kemerahan menyeruak di permukaan langit. Bola api raksasa itu merangkak perlahan-lahan ke peraduannya. Ketika itu orang ramai sudah berkumpul di Masjid Jamek Kota Baghdad. Sementara menunggu masuknya waktu solat maghrib mereka mendengar Imam Hanbali membacakan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ada pula yang mengambil kesempatan bertanyakan berkenaan masalah agama. Sudah menjadi kebiasaan Imam Hanbali berjumpa dengan orang ramai antara waktu asar dan maghrib. Jika tidak ada yang bertanyakan berkenaan masalah agama beliau membacakan hadis nabi. Sedang mereka tekun mendengar hadis yang dibacakan Imam Hanbali tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian cantik lalu berkata.
“Wahai Imam Hanbali, khabarnya kamu seorang yang bijak. Nama kamu menjadi sebutan orang ramai. Aku datang mahu menguji kebijaksanaan kamu. Jika kamu dapat menyelesaikan masalah aku ini, sememangnya kamu orang yang bijak. Tetapi jika gagal maka aku lebih bijak daripada kamu,” kata Abu Nawas seorang lelaki yang dikatakan paling pintar di Kota Baghdad.
“Apa masalah kamu wahai Abu Nawas?” tanya Imam Hanbali. Dia kelihatan tenang sahaja.
Biasanya apabila Imam Hanbali sedang membacakan hadis tidak ada sesiapa pun yang berani mengganggu. Orang ramai tekun mendengar sehingga hadis itu habis dibacakan. Tetapi Abu Nawas sengaja berbuat begitu bagi menguji Imam Hanbali yang menjadi saingannya.
“Aku ada 3 perkara aneh. Pertama aku suka bersaksi dengan perkara yang tidak pernah aku lihat...,” kata Abu Nawas dengan suara yang lantang supaya didengar orang ramai.
“Itu saksi bohong namanya!” teriak Kumair salah seorang anak murid Imam Hanbali.
“Tidakkah kamu tahu wahai Abu Nawas? Sesiapa yang menjadi saksi mestilah melihat dulu barang yang disaksikannya. Jika tidak pernah melihatnya maka kamu tidak boleh bersaksikannya,” kata Sufian pula.
“Apakah perangai anek kamu yang kedua, wahai Abu Nawas?” tanya Imam Hanbali pula. Dia masih tenang dengan pertanyaan lelaki yang terkenal dengan kebijaksanaannya itu.
“Aku paling suka makan bangkai...,” jawab Abu Nawas. Dia tersenyum sambil melihat reaksi orang ramai.
Seperti yang dijangkakannya, orang ramai marah lalu mencemunya. Mereka merasakan bahawa Abu Nawas sengaja mahu mempersendakan Imam Hanbali. Tetapi beliau masih kelihatan tenang.
“Apa pula perangai aneh kamu yang ketiga?” tanya Imam Hanbali lagi. Beliau masih kelihatan tenang seolah-olah tidak terusik perasaannya dengan pertanyaan Abu Nawas itu.
“Saya selalu lari dari rahmat Allah.” Jawab Abu Nawas.
Sekali lagi orang ramai mencemuh Abu Nawas. Malah ada yang bercadang untuk menghalaunya keluar dari masjid itu. Tetapi dihalang oleh orang lain kerana lelaki itu kesayangan khalifah.
"Jika dia mengadu pada khalifah sudah pasti kita ditangkap dan dipenjarakan kerana Abu Nawas itu kesayangan khalifah," kata Nusair.
“Aku datang bagi menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Jadi, kamu jangan masuk campur. Tambahan pula aku sudah maklumkan kepada khalifah untuk mengujinya. Jika kamu sakiti aku nescaya kamu pula yang akan disakiti,” kata Abu Nawas dengan berlagak angkuh.
"Sekiranya aku dapat menyelesaikan masalah yang kamu katakan tadi apakah kamu mahu berjanji tidak mahu mengganggu aku lagi?" tanya Imam Hanbali.
“Aku bersetuju,” jawab Abu Nawas. "Tetapi jika kamu tidak dapat menyelesaikannya maka kamu tidak layak lagi mengajar orang ramai kerana ternyata aku lebih bijak daripada kamu.”
“Baiklah Abu Nawas,” kata Imam Hanbali. “Cuba kamu sebutkan sekali lagi perangai aneh kamu yang pertama?” 
“Aku suka bersaksi pada perkara yang tidak pernah aku melihatnya,” jawab Abu Nawas sambil bercekak pinggang kerana yakin Imam Hanbali tidak tahu jawapannya.
“Maksud kamu, kamu suka mengucap dua kalimah syahadah iaitu naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatnya,” kata Imam Hanbali.
Abu Nawas kelihatan terpegun mendengar jawapan Imam Hanbali kerana ternyata jawapan itu memang benar. Namun dia masih tidah mahu mengalah lalu mengatakan perkara anehnya yang kedua.
“Aku paling suka makan bangkai,” katanya.
“Maksud kamu, kamu suka makan ikan kerana ikan itu tidak pernah disembelih. Itu yang kamu maksudkan suka memakan bangkai.”
Sekali lagi Abu Nawas terpegun mendengar jawapan Imam Hanbali. Lalu dia menyatakan perangai anehnya yang ketiga.
“Aku suka lari dari rahmat Allah. Apakah maknanya?” tanya Abu Nawas.
“Hujan itu adalah rahmat Allah. Apabila hujan turun kamu melarikan diri ke tempat teduh,” jawab Imam Hanbali.
Abu Nawas kelihatan kecewa kerana Imam Hanbali dapat menjawab dengan tepat masalah yang dikemukakannya. Namun dia masih tidak mahu mengalah. Otaknya segera berfikir mencari helah.
“Wahai Imam Hanbali, ternyata kamu seorang yang bijak. Tetapi tahukah kamu apabila bersembahyang pahala aku lebih banyak daripada kamu? Kamu tahu apa?” tanya Abu Nawas.
Imam Hanbali hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mahu menjawab pertanyaan Abu Nawas itu. Melihat keadaan itu, Abu Nawas semakin lantang bersuara.
“Wahai tuan-tuan semua apakah kamu bersetuju kalau aku mengatakan apabila bersembahyang maka pahala aku lebih daripada pahala Imam Hanbali?” tanya Abu Nawas kepada orang ramai.
“Imam Hambali seorang ulama’ kamu seorang tukang lawak istana. Tentulah solat Imam Hanbali lebih banyak pahalanya daripada kamu!” jawab Sufian yang membela gurunya.
“Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan yang maksudnya, solat orang yang sudah berkahwin itu lebih banyak pahalanya dari solat orang bujang? Aku sudah berkahwin tetapi Imam Hanbali masih bujang, kerana itu solat aku lebih banyak pahalanya,” kata Abu Nawas lalu segera keluar dari masjid.
“Memang benar, solat mereka yang sudah berkahwin itu lebih tinggi darjatnya dari solat mereka yang bujang,” kata Syeikh Siddiq yang turut berada di situ. Pada suatu masa dahulu dia pernah menjadi guru Imam Hanbali tetapi sekarang dia pula berguru dengan Imam Hanbali.
Katanya lagi, “ Allah menjadikan makhluk di bumi ini berpasang-pasangan. Ada jantan ada betina. Ada lelaki ada perempuan. Antara mereka saling memerlukan, kerana itu haiwan dan manusia berkembang biak. Manusia dijadikan makhluk yang paling mulia kerana itu Allah mensyaratkan perkembangan zuriat manusia mestilah melalui proses perkahwinan. Dengan perkahwinan akan terpeliharalah nasab keturunan dan wujud kasih-sayang terhadap keluarga.”

~TAMAT~