Tuesday, July 5, 2011

Tatkala Diriku Menerima Amanah

Aku ingin menjadi Siti Khadijah 
Menjalin cinta agung sebuah cinta 
Menafkah hartanya fisabilillah 
Aku ingin sezuhud Fatimah 
Akur tanpa jelak setiap perintah 
Aku mengagumi dan impikan kejayaan gedung ilmu Siti Aisyah 
Aku ingin menyelami ketabahan Siti Hajar 
Menggendong puteranya yang masih merah 
Di tengah padang pasir yang merekah 
Bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda 
Fitrah daripada sejarah Zulaikha 
Pun jiwaku ingin sekudus Rabiatul Adawiyah 
Tenggelam asyik dengan kenikmatan ubudiyah 
Biar tersingkap segala hijab 
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati 
Lantas kuserah cinta suci ini 
Untuk Yang Maha Mengasihi 
Pasrahku pada mehnah perjuangan 
Bagai cekalnya hati Zainab al-Ghazali 
Terluka, terseksa, terhina, terpenjara 
Terkurung jasadnya di sebalik janji kaku 
Teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah 
Hanya demi Islam... 

Bukannya menyerah galang gantinya 
Atau setidaknya aku mengimpikan 
Hidup semula Maryam Jameelah 
Berteman pena menongkah kepayahan 
Roh jihad itu perlu disemarakkan 
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya 

Aduhai... 
Meskipun aku hanyalah perawan 
Yang jiwanya tidak sekental Asma' 
Belum teruji dengan air mata Atiqah 
Tak mampu tersenyum bagai khansa yang tabah 

Namun relalah aku.. 
Relalah aku menjadi muslimah solehah 
Redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan 
Kan ku teguh menatang amanah ini 
Mewarisi kegemilangan serikandi ummah 
Hanya kerana Islam merindui kemunculan 
Peribadi mukminah, muslihah, mujahadah 
Yang rela mati dalam keunggulan iman 

Terpanggang gagah 
Bagai harumnya pusara Masyitah 

Jika itu ISLAMkan ku daulatkan...


INSYAALLAH....
Akanku laksanakan tanggungjawab yang tergalas dengan sebaik mungkin demi menggapai redhaMU YA RABB....