Tuesday, June 11, 2013

::Akhwat Kaya::


Penjual : Lelong! Lelong! Lelong! Saya ada jual herbastyle RM180 free postage dan botol… Beli, beli….

Akhwat Kaya : (Macam menarikla) dalam hati…. J Penjual, penjual… Apa kelebihan dia ye?

Penjual : Oh! Banyak kelebihan dia… Boleh kempiskan perut yang dah ehem2, rampingkan badan yang dah uhuk3, hilangkan kesan jeragat di muka yang nampak kui3…

Akhwat Kaya : (Mantap! Nak beli tapi duit tak cukup) dalam hati J Owh! Yeke! Ok2, Jay Zek Kay Kay ye penjual…

*******************************************************************

Kawan : Akhwat kaya, nak tahu tak… Ana dah guna herbastyle tue… Alhamdulillah, dah nampak perubahan yang positive pada diri ana…

Akhwat kaya : Naam, ana pun nampak perubahan enti lah… Ana rasa macam nak belilah untuk tarik mad’u-mad’u ana.. (Ohsem!)

Kawan : Kalau nak, ana boleh orderkan RM100 je kat kawan ana… Enti nak?

Akhwat kaya : Eh! Ianya sangat murah… Bolehlah J huhuhuhu

*******************************************************************

(Dalam program GMJ)

Mutarabbi kiut : Ehem, akak2… Button tue chanteklah, murah pulak tue… 4 RM20 J tak nak belanja ke?

Akhwat kaya : (Duit dah takde nak suruh pulak belanja :p) dalam hati J hehehehehe, duit akak takdelah dik… untuk akak pun akak tak beli… hehehehehehehe

Mutarabbi kiut : Wit2, herbastyle haritu bape ratus kak? J

Akhwat kaya : (Pergh!!!!) dalam hati…….  Then…… Kecik ati terus blah!

Mutarabbi kiut : Erk!

*******************************************************************


Tarbiyah Allah itu sentiasa dan berterusan…. Dari siapa pun, Di mana pun antum berada masih berada dalam pengawasan Allah dan pilihan Allah (InsyaAllah)… Ingat wahai daie! Mad’u itu mendidik diri agar terus mengajar pelbagai aspek dari sudut kesabarannya, dari sudut skill dakwahnya, dari sudut kebergantungan padaNya n macam2 lagi…

“Enti dulu senang nak ditarbiyah, tapi kenapa sekarang susah nak ditarbiyah ye”

Kerana Allah ingin menguji… Anda dan saya = KITA

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu
 (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga
ternyata pengetahuan Kami tentang adanya 
orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu 
dan orang-orang yang sabar
(dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga)
Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Teruslah, Teruslah, Teruslah menyayangi, mengasihi dan menyantuni mad’u kalian kerana mereka masih perlu dibimbing hingga ke sorgaNya… Harta, wang ringgit bukan untuk kepentingan diri semata-mata tetapi juga mungkin untuk mad’u antum… Terkadang untuk diri duit segalanya serba cukup tetapi untuk mereka berat sahaja untuk memberi…  MasyaAllah, Astaghfirullah… Faghfirlana Ya Rabbi…

(Mad’u tiket untuk ke sorgaNya, Kalau dah malas nak melayan mereka antum dah burn kan salah satu tiket untuk ke sorgaNya) ERK! Ok, daie cute! Pasak dalam diri di dalam lubuk hati paling dalam insyaAllah….

Peace No war! J
Jangan Berhenti Berlari Menuju RedhaNya!!!

Thursday, June 6, 2013

::Cinta::


Cinta,
Cinta,
Oh cinta…
<3

Kerana sebuah cinta,
Sanggup lakukan apa sahaja,
Rela mengorbankan segalanya,
Rela korbankan harta,
Rela meredah samudera,
Hanya kerana sebuah cinta…
<3

Cinta….
Cintaku untuk Allah,
Cintaku untuk Rasulullah,
Cintaku untuk dakwah….

Maka……
Ku perlu,
Redah,
Tangkis,
Tendang,
Smack down,
Tumbuk,
Dengan segala tribulasi…

Walau,
Darah pasti mengalir,
Peluh pasti menitik,
Jiwa pasti diragut,
Hati pasti berparut,
Kaki penat melangkah…

Biarkan,
Abaikan,
Hiraukan,
Demi sebuah cinta…
<3

Izinkanlah wahai diri,
Air mata itu menitis,
Mulut itu merintih,
Di hadapan Sang Murabbi,
Murabbi paling HAIBAT!!!
ALLAH,
ALLAH,
ALLAH…

Ingat wahai diri,
Kamu lakukan itu dan ini,
Bukan kerana murabbi,
Bukan kerana mutarabbi,
Tetapi…
Kecintaan yang agung milik rabbul izzati…

Teruskanlah melangkah,
Teruskanlah berlari,
Teruskanlah berlayar,
Untuk sampai ke destinasi,
Cinta agung ALLAH…
<3

Cinta oh cinta!
Ianya merasuk jiwa!
Ibarat menuruti segala kata!
Dari Dia yang paling ku cinta!

Teruskanlah bercinta!
Hingga saat dan waktunya,
Aku dan Dia saling melihat,
(Qiyamah : 22-23)
<3
InsyaAllah…

Oh my Allah,
Jadikanlah nukilan ini,
Satu pembuktiaan kecintaanku padaMu,
Untuk terus ku bercinta denganMu,
Hingga ke syurgaMu,
Izinkanlah,
Pilihlah Ya Allah,
Kami semua ini,
Sebagai para jundiMu,
Hingga detik nafas terakhir kami…
Amin…
Amin…