Monday, November 25, 2013

::Sayangku::

Dengan namaMu Ya Rabbi,
Ku titipkan sesuatu di sini,
Buat bekalan diri ini,
Saat kita bersua nanti.
I’Allah

“Apa yang kamu nukilkan hari ini untuk ummah?”

Allahu Allah,
Jawapanku cuma satu,
Belum ada apa lagi ku nukilkan untuk ummah!
Allah, nanges lagi…

Hati ini separuh merindu,
Teramat rindu,
Pada buah hati intan payungku,
Siapakah mereka itu?

Kalian!
Kalian yang ajari sesuatu,
Untukku sedar kesilapanku selalu,
Untukku perbetulkan tiap tingkah laku,
Redha Allah dalam setiap hala tuju…

Kalian,
Yang sentiasa berada dalam bisikan doa,
Yang berada dalam tahajud cinta,
Yang berlayar dalam ikatan rabithah,
Wajah kalian,
Mujahadah kalian,
Senyum kalian,
Tawa kalian,
Segalanya,
Ku rindui sentiasa…

Sayangku,
Rumah,
Cuti,
Bukan wadah iman melemah,
Bukan asbab sunyi dakwahnya,
Bukan keizinan futur sementara,
Bukan itu alasannya,
Tatkala,
Diri sudah menjadi saksi syahadah,
Teruskan melangkah,
Jangan mengalah…

Sayangku,
Binalah bekalmu,
Di mana bahan bacaan tarbiyahmu?
Di mana hamasah tatkala bersama akhwat?
Gi mana mutabaah amalmu?
Gi mana anak usrah kalian?
Apa khabar iman kalian?
Apa yang sedang kalian lakukan untuk ummah?
Benar ingin mengejar kesyahidan?
Apa bekalmu?
Untuk ummah?
Untuk bertemu Allah?

Sentiasa muhasabah sayangku,
Agar Allah sentiasa di hatimu,
Ruhku sentiasa merinduimu,
Bayanganmu sentiasa bermain di mindaku,
Harapanku selalu,
Terus thabat dalam setiap langkahmu,
Rasai kehadiran Allah dalam setiap nadimu,
Matlamat kita satu,
REDHA ALLAH

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amal kalian.
Sekiranya Allah redha,
Sedangkan,
Seluruh dunia berpaling darimu,
Maka itu tidak penting!
Jika Dia telah menerima amalmu,
Sedangkan seluruh makhluk menolak,
Maka ia tidak memberi kesan apa-apa pun,
Kerana itulah sepatutnya,
Hanya redha Allah semata-mata,
Yang menjadi tujuan utama,
Dalam khidmat dakwah ini…
~ As-syahid Ahmad Ammar ~

Ayuh sayangku,
Memburu kesyahidan bersama,
Demi redhaNya,
Kobarkan hamasah kalian,
Selari dengan kefahaman kalian,
Bersama berpimpinan tangan,
Mengejar tiket ke syurgaNya bersama..

Insan ini amat merindui kalian,
Harapnya nukilan ini Allah redha,
Moganya rindu ini juga Allah redha.

Amin