Thursday, May 2, 2013

::Bersama mereka::


Dengan namaMu,
Ku mulakan nukilan ini…

Bersama mereka,
Membuat hati ini indah sekali,
Membuat muka girang sekali,
Membuat jasad tenang sekali,
Membuat hamasah tinggi sekali…
Terima kasih YA ALLAH atas anugerah ini…

Bersama mereka,
Tidak mampu ku bayangkan,
Saat perpisahan yang pasti berlaku nanti,
Tidak sanggup ku bayangkan,
Kerinduan senyum tawa nangis manja mereka,
Tidak sanggup ku bayangkan,
Andai ada diantara kita yang akan terbuang dari jalan ini…
ALLAH, thabatkan kami…

Bersama mereka,
Sentiasa ku akan berikan terbaik,
Penat lelah bagai hilang ke mana entah,
Kantuk pula berganti cergas,
Demi satu amanah,
Buat mereka yang amat ku sayangi…

Bersama mereka,
Kata-kata indah menyulam kasih,
Senyum riang penguat ikatan,
Al-Quran sunnah bahan peringatan,
Jelingan manja tanda kebahagiaan,
Wahai!!
Ianya sangat indah…
<3

Untuk mereka,
Terima kasih atas ukhwah ini,
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini,
J

Untuk mereka,
Ku berusaha akan berikan yang terbaik,
Untuk kalian rasa pahit manis perjuangan ini,
Bertemankan tawa dan air mata,
Itulah sunnah perjuangan…

Untuk mereka,
Sentiasa ada dalam bisikan doa ini,
Agar dikuatkan ikatan akidah,
Agar dithabatkan kaki yang melangkah,
Kerna hanya Allah pemilik segala jiwa…

Untuk mereka,
Diri ini amat menyayangi dirimu,
Moga kita kan ketemu ke syurga nan abadi…
insyaAllah…

Khas buat mereka :
*Adilah, Ameyra, Syukriah <3
(Jay Zek Kay Kay sudi luangkan masa bersama akak)
J

*Ukht Sabrina
(Jay Zek Kay Kay kerna sudi jadi pemandu setia)
J

*Ahlu khandak, uhud dan badar
(Jay Zek Kay Kay untuk segalanya)