Friday, August 16, 2013

::90 minit::


Bismillah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Ku mulakan bertinta…

90 minit itu,
Adalah sebuah tarbiyyah,
Pada bulan barakah,
Kernaku pernah meminta Dia,
Agar mendidik sabar dan redha,
Pada insan yang serba cacat cela…

90 minit itu,
Benar-benar menguji rasa,
Bergabung sudah segala rasa,
Geram, marah, sayu ah!
Air jernih mengalir menguraikan segalanya,
Agar tenang seketika,
Segala gundah gelana,
Dalam hati yang penuh noda…

90 minit itu,
Membuka hati, mata dan minda,
Untuk siapa ku berada di sini,
Kerana mereka atau Dia?
Dia menyucikan semula,
Kesyirikan niat yang bakal menerjah,
Faghfirli Ya Rabbi….

90 minit itu,
Mengajarku banyak perkara,
Mereka menjadi perantara,
Antara diriku dan Dia,
Terima kasih buat mereka,
Kerna menguji rasa ini,
Kerna menguji diri ini,
Terima kasih buat mereka…

90 minit itu,
Mengajar diri ini,
Untuk mengubah diri,
Menjadi akhwat yang menghargai,
Saat, minit dan jam akhwat dan diri,
Masa syura akan ditepati,
Masa kuliah akan ditepati,
Masa usrah akan ditepati,
Masa program akan ditepati,
Benar-benar membuka minda diri,
Oh!
Masa itu amat berharga,
Walau satu minit,
Walau dua minit,
Walau tiga minit,
Walau lima belas minit,
(Oh! Ini sudah over!!!)
Plis, plis, plis,
Berubahlah wahai diri…

Ya Allah,
Kuatkan diri ini,
Thabatkan diri ini,
Tarbiyyah diri ini,
Untuk terus menggapai cinta,
Untuk terus menggapai redha,
Hingga saat dan detik bahagia,
Melihat wajahmu Ya Allah,
Maka Kau izinkanlah Ya Allah,
InsyaAllah…

Ku seru diri ini dan juga kalian,
Jangan lagi leka dengan masa,
Kerna saudara kita di sana,
Berpeluh-peluh mengejar masa,
Untuk menghancurkan tentera,
Tapi bagaimanakah kita?
Masih mensia-siakan masa?
Masih mengambil lewa?
Sudahlah!
Jangan gelar dirimu munafik,
Kerna tidak mengotakan sebuah janji…
Allahu Allah
Ampunilah diri ini…

Bijak Sifir

~Palestin~
1 minit = 100 nyawa terkorban
2 minit = 200 nyawa terkorban
3 minit = 300 nyawa terkorban
4 minit = 400 nyawa terkorban
5 minit = 500 nyawa terkorban

~Mesir????~

Dah nampak permainannya???
Fikir-fikirkanlah sampai migrain
Errrrkk!!