Thursday, October 20, 2011

YA RABB, Kuatkan diriku...

YA ALLAH,

Sungguh hebat dugaanMU,
Sungguh berat bebananMU,

Namun YA ALLAH,
Siapa diriku yang ingin melawan suratan takdirMU..?
Siapa diriku yang ingin menolak ketetapanMU..?

YA ALLAH,
Diriku hanya insan yang kerdil lagi hina,
Insan yang diciptakan dari setitis air yang sangat hina,
Siapa diriku dihadapanMU…
Astaghfirullah 


YA RAHIM,
Ku yakini diri,
Ku kuatkan hati,
Setiap dugaanMU pasti ada hikmah yang tersembunyi,
Tanpa ku ketahui…

YA TAWWAB,
Ku mohon,
Ku meminta,
Ku merayu,
Agar ENGKAU ampunkan segala kekhilafan diriku,
Jadikan ia sebagai kafarah buat dosa-dosaku…

Kuatkan langkahku,
Kuatkan semangatku,
Kuatkan hatiku,
Untuk diriku terus menerobos dalam perjuangan ini,
Untuk diriku terus mara ke hadapan,
Tanpa berpaling lagi,
Tanpa mengundurkan langkah walau setapak…

Diriku yang amat ku sayangi,
Ku ingin engkau mengerti,
Ku ingin engkau kembali,
Di mana semangat jihad yang engkau kobarkan dahulu..??
Di mana janji yang kau perkatakan pada TUHANmu dahulu..??
Di mana sayang..??
Koreksi dirimu,
Muhasabah dirimu,
Cukuplah bermain dengan air mata,
Cukuplah berendam dengan tangisan,
Jangan kalah dengan hasutan syaitan,
Mereka tidak akan mengah, penat dan bosan untuk menghasutimu,
Engkau juga tidak boleh kalah,
Engkau juga tidak boleh mengah, penat dan bosan dengan perjuangan ini,
Teruskan langkahmu wahai diri,
Pasakkan kekuatan,
Kuatkan azam,
Sentiasa tajdidkan niat,
Ikhlas kerana ALLAH semata,
InsyaALLAH…

No comments:

Post a Comment