Wednesday, March 7, 2012

::Ukhwah::

 " Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
(Al-Hujuraat : 10)

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
(Al-Hijr : 47)

Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras?
Ketika ikatan persaudaraan telah pupus,
Ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering,
Ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan,
Saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar,
Merasa terpisah menyendiri...

Ku tidak mengerti mengapa engkau diam menyepi,
Mahu sahaja melarikan diri,
Diam, kaku, sunyi dan sepi...

Diriku bukan insan sempurna,
Cacat cela di setiap sudut,
Banyak kekurangan dalam diri,
Ku tahu...
Tidakku mampu untuk menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu...

Wahai diri,
Wahai sahabat,
Usah menuding jari ke arah sesiapa,
Usah mencari salah siapa,
Usah terus-terusan bermain emosi,
Diriku dan dirimu perlu mengorak langkah,
Perbaiki hubungan dengan Allah,
Menjaga mutaba’ah amal bersama,
Melawan segala bisikan dan godaan iblis laknatullah,
Terus menganyam cinta Allah,
Hablum minallah,
Hablum minannas,
Ku yakin,
Allah sahaja yang akan menyelesaikan permasalahan yang berlaku...

Allah!
Apa yang berlaku pasti ada hikmah,
Bantu kami untuk membina semula hubungan denganMu Ya Rabb,
Kasihani kami,
Lindungi kami,
Tuntuni kami,
Ke arah mencapai redhaMU,
Dunia dan akhirat especially......
AMIN.......

2 comments:

  1. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....

    ReplyDelete
  2. hye perindu .. ! kini sy bertuka url blog..klau sudi singgahla.. :D

    ReplyDelete