Monday, December 3, 2012

::Oh Hati, Kamu Cemburu..?::


Allah, Allah, Allah
Allahu Rabbi,
Ku luruskan niat ini kerana-MU,
Ku tundukkan jiwa dan ragaku untuk-Mu,
Ku titiskan air mata ini kerana-Mu,
Ku titipkan tulisan ini kerana-Mu.
InsyaAllah

Kamu cemburu wahai hati?
YA!
Aku cemburu.

Tapi mengapa wahai hati?
Hmmmmm.
Erm………..
Aduh,
Gimana ingin ngomong ye.

Hati oh hati,
Dengar sini baik-baik ye.
Sebenarnya kamu itu..
Aik?
Kok bisa kamu tahu isi hati ku?

Eip!
Shhhhh.
Dengar sini baik-baik ye wahai hati
J

Kamu cemburu bukan sama kader dakwah yang sekejap di Johor,
Sekejap di Sabah,
Tup tup kat Indon,
Aik? Dah ada kat London dah?
Erk! Ada kat Malaysia semula?
-mata terkebil-kebil, mulut terlopong-
:(
Betul

Dengarkan suara hati ingin berlagu..

Ya, aku cemburu dengan mereka!
Ya, aku cemburu dengan gerak kerja dakwah mereka!
Ya, aku cemburu mereka ke sana ke mari bebas bertebaran!
Ya, aku cemburu mereka sedang terbang tinggi nun di angkasa!
:(

Namun diriku?!
Hanya duduk,
Melihat,
Mendengar,
Membaca,
Khabaran-khabaran mereka tentang dakwah,
Nota-nota cinta mereka tentang tarbiyyah,
Sayu rasa diri ini,
Luluh rasa jiwa ini,
Tidak mampu untuk keluar dari sangkar besi ini

Muka tunduk sebentar,
Diri beristighfar sejenak,
Setitis demi setitis air mata menitik.

Tapi hati,
Kamu tidak optimis sama Allah bukan?
Kamu mahu menyalahkan takdir?

Tidak sama sekali ingin aku salahkan takdir,
Aku sedar sebenarnya aku juga sedang ditarbiyyah,
Allah mahu ku lakukan sesuatu untuk tarbiyyah,
Banyak lagi bukan yang mampu ku lakukan?
J

Optimis hati pada Allah,
Pandang jauh ke hadapan,
Bukan menoleh ke belakang,
Nun di hadapan sana miliki garisan penamat,
Kamu perlu buat apa sahaja yang kamu mampu,
Untuk sampai ke garisan penamat

Baik, Baik, Baik
Akan ku lakukan semuanya kerana Allah,
Kerana dakwah dan tarbiyyah,
Kerana Ummah,
Tapi mohon doakan diri ini bisa?
Doakan agar Allah thabatkan diri ini,
Hingga detik nafas terakhir,
Bisa bukan akhwat tersayang???

Jazakillah atas doa kalian buat diri ini,
Moga kita sama-sama melakar kisah perjuangan,
Untuk dihadapkan di hadapan Allah kelak.

Jazakillah to my beloved naqibah,
Ukhti Adibah,
Berikan kekuatan untuk ku bertinta,
Hanya kerana Allah.

Sayang kalian kerana Allah
<3

No comments:

Post a Comment