Tuesday, February 26, 2013

::Saya::



Dengan nama-Mu Ya Allah,
Ku terus menulis,
Untuk ku luahkan segala rasa hati,
Yang terkadang tidak terluah tatkala ku berdoa,
Ku mengharap redha-Mu Ya Allah,
Tuhan sekalian makhluk….

‘Saya’
Hebat dalam berbicara,
Hebat dalam pertuturan,
Hebat menarik para mad’u,
Hebat membuat program,
Hebat memberi idea,
‘Saya’,
Memang hebat dari pelbagai aspek…
(ditambah pula cantik + comel)

‘Saya’
Pantang ada insan berlari di hadapan,
Pantang melihat ada insan memotong dari belah kanan,
Pasti berusaha memotong mereka-mereka,
Malah!
Gembira melihat mereka-mereka berada di belakang,
Terus-terusan ditinggalkan keseorangan,
‘Saya’,
Hanya berada dengan mereka-mereka yang hebat,
‘Saya’ ‘Saya’ ‘Awak’ ‘Awak’….

‘Saya’
Akan lemah jika mereka tidak mahu mendengar kata ‘saya’,
Akan marah bila ada orang membantah kata-kata ‘saya’,
Akan bangkang kalau ada orang yang menegur ‘saya’,
Akan pangkah kalau ada orang tidak mahu mengambil idea ‘saya’
Senang cerita, ‘saya’ nie nak semua atas kekuasaan ‘saya’
Bahasa budak asrama gila kuasa….

‘Saya’
Hati sudah mula keras menerima teguran,
Sudah merasakan lagi hebat dari para syuyukh,
Sudah merasakan segala tindakan betul,
Sudah membelakangkan naqibah, masulah, akhwat, adik2 terchinta,
Huh!
Itulah ‘saya’….

Tapi sedarkah ‘saya’,
Bahawa mereka-mereka di sana,
Menangis kerana ‘saya’,
Pening kerana ‘saya’,
Serabut kerana ‘saya’...

Mereka-mereka juga,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar diberikan kekuatan,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar dilembutkan hati,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar terus thabat,
Sedang mendoakan ‘saya’ berlari seiringan dengan para akhwat,
Sedang mendoakan ‘saya’ itu dan ini…

Mereka-mereka itu,
Sangat menyayangi ‘saya’,
Sangat menyintai ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka meraikan ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka menegur ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka sanggup meredah lautan api,
Untuk menyelamatkan ‘saya’,
Tidak sedarkan ‘saya’ akan semua itu?!

‘Saya’ ‘saya’ ‘saya’,
Turunkan ego,
Luruskan niat,
Lembutkan hati,
Berdoalah, Berdoalah, Berdoalah….
Agar Allah memperbaiki akhlak ‘saya’...

‘Saya’,
Mereka-mereka tahu,
Bahawa ‘saya’ pun menyayangi mereka-mereka,
Tapi,
Cukuplah ‘saya’,
Melukai hati mereka-mereka,
Dengan sikap ‘saya’ ini….

No comments:

Post a Comment