Thursday, June 6, 2013

::Cinta::


Cinta,
Cinta,
Oh cinta…
<3

Kerana sebuah cinta,
Sanggup lakukan apa sahaja,
Rela mengorbankan segalanya,
Rela korbankan harta,
Rela meredah samudera,
Hanya kerana sebuah cinta…
<3

Cinta….
Cintaku untuk Allah,
Cintaku untuk Rasulullah,
Cintaku untuk dakwah….

Maka……
Ku perlu,
Redah,
Tangkis,
Tendang,
Smack down,
Tumbuk,
Dengan segala tribulasi…

Walau,
Darah pasti mengalir,
Peluh pasti menitik,
Jiwa pasti diragut,
Hati pasti berparut,
Kaki penat melangkah…

Biarkan,
Abaikan,
Hiraukan,
Demi sebuah cinta…
<3

Izinkanlah wahai diri,
Air mata itu menitis,
Mulut itu merintih,
Di hadapan Sang Murabbi,
Murabbi paling HAIBAT!!!
ALLAH,
ALLAH,
ALLAH…

Ingat wahai diri,
Kamu lakukan itu dan ini,
Bukan kerana murabbi,
Bukan kerana mutarabbi,
Tetapi…
Kecintaan yang agung milik rabbul izzati…

Teruskanlah melangkah,
Teruskanlah berlari,
Teruskanlah berlayar,
Untuk sampai ke destinasi,
Cinta agung ALLAH…
<3

Cinta oh cinta!
Ianya merasuk jiwa!
Ibarat menuruti segala kata!
Dari Dia yang paling ku cinta!

Teruskanlah bercinta!
Hingga saat dan waktunya,
Aku dan Dia saling melihat,
(Qiyamah : 22-23)
<3
InsyaAllah…

Oh my Allah,
Jadikanlah nukilan ini,
Satu pembuktiaan kecintaanku padaMu,
Untuk terus ku bercinta denganMu,
Hingga ke syurgaMu,
Izinkanlah,
Pilihlah Ya Allah,
Kami semua ini,
Sebagai para jundiMu,
Hingga detik nafas terakhir kami…
Amin…
Amin…

2 comments:

  1. ayat yg menusuk jiwa,, inshaALLAH jihad hingga titisan drh terakhir ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... insyaAllah ukht ;) terus kuat bermujahadah demi Dia <3

      Delete