Wednesday, July 10, 2013

::Graf::


Wanita  : Comel, Comel graf ISK (Itu Sejarah Kitee) dah naiklah!!!
Comel   : Ha?? Iyeke? Betul ke? Bile?
Wanita  : Dah naik dah sekarang jatuh sikit lepas tue naik dah!!
Comel   : Ish, Janganlah main-main.. Nanti kalau jadik pengisi nak habaq ape kat mereka-mereka semua nie???
Krik, Krik
~Diam tanpa jawapan~
ZASSSS
Eh, tido rupanya tadi… Ngeh, Ngeh J



Dengan namaMu Ya Allah,
Ku mulakan penulisan…

Graf itu pasti akan naik!
Islam itu pasti menang!
Kerna itu janji DIA,
DIA yang mengatur segalanya,
Tiada keraguan untuk DIA,
Tiada kesangsian pada DIA…

Dan demi sesungguhnya! telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
(37 : 171-173)

Hati ini merintih kesakitan,
Hati ini menjerit kepiluan,
Melihat mereka bermatian-matian,
Memperjuangkan satu kebenaran,
Kebenaran yang tiada lagi keraguan,
Buat mereka yang normal mungkin,
Kerna miliki minda yang mampu berfikir,
Kerna miliki mata yang mampu melihat,
Kerna miliki hati yang mampu merasa,
Itu semuanya,
Adalah dengan keizinan DIA…

Ramadhan,
Bermula episod cinta,
Cinta seorang pejuang bersama tuannya,
Cinta seorang hamba bersama tuannya,
Sebagai pembuktian kecintaannya,
Kecintaan dari hati yang paling dalam,
Ungkapan cinta yang lahir dengan amal,
Amal membawa hati ini makin cinta,
Awesome!
Tidak sabar melakar satu episod,
Episod cinta bersama DIA,
InsyaAllah…
~Feeling loved~

Teringat mereka,
Mereka yang tengah berjuang,
Berjuang dengan senjata,
Hebat sungguh mereka,
Berpuasa + Berjihad,
Oh!
Diri ini masih lagi belum layak,
Untuk berada bersama mereka di sana,
Tapi saudaraku,
Ruhku tetap bersamamu,
Kerna matlamat kita serupa,
Cuma medan kita berbeza,
InsyaAllah,
Akanku gencarkan ayunan langkahku,
Bersama istana besar di belakangku,
Istana milik Allah,
Cinta agungku,
InsyaAllah…
(Allahummansurna a’laihim)

Salam Ramadhan Kareem,
Selamat melakar sebuah episod cinta terhebat,
Moga Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat kita,
Amin…..

No comments:

Post a Comment