Friday, June 6, 2014

::Sebenarnya Kita Serupa::

Tarik nafas sebentar,
Lepas….
Say Alhamdulillah,
Senyum,
Tajdid semula niat,
Lakukan segalanya kerana Allah
~smile~

Terkadang kita terasa berbeza,
Terkadang keputusan kita berbeza,
Terkadang cara berfikir berbeza,
Terkadang emosi kita berbeza,
Terkadang tindakan kita berbeza,
TAPI….

Kita berada di bumbung yang sama,
Kita berada di rumah yang sama,
Kita berada di kotak tarbiyyah serupa,
Kita berada di alam tarbiyah serupa…
-senyum-

Akhwat kesayangan hati,
Jom kita recheck fikratuna,
Jom kita recheck imanuna,
-malu-

Ku yakin,
Kita bersama membina iman,
Kita menghidupkan sepertiga malam,
Kita berinteraksi dengan kalamNya,
Sentiasa dan sentiasa hidup bersamaNya,
Mabruk alaikum…

Nah sekarang,
Recheck semula bahan bacaan kita,
Kerana bacaan itu membentuk fikrah,
Fikrah yang menghalatujukan amal,
Fikrah yang membentuk cara berfikir,
Fikrah yang menghalakan sebuah keputusan…

Tidak tahu mula dari mana?
Naqibah kan ada…
-senyum-

Mari membina iman dan fikrah,
Yang akan membentuk kesefahaman,
Kerna sebenarnya kita serupa,
Moga menjadi asbab Allah terus redha,
Moga menjadi asbab dakwah kian melaju.

Bismillah,
Jalan terus,
Allah sentiasa ada,
:)

2 comments:

  1. subhanallah...trbaik.senyum je baca entry ni.mabruk!

    ReplyDelete
  2. haza min fadli rabbi :)

    doakan agar trus thabat! ;)

    ReplyDelete