Monday, December 6, 2010

JoM mAiN tEkA-TeKi

Subhanallah walhamdulillah allahuakbar…
Subhanallah walhamdulillah allahuakbar…
Subhanallah walhamdulillah allahuakbar…
Alhamdulillah, dapat kita bertafakur sejenak sahabat-sahabat….
Entry kali ini ana rasa macam nak main teka-teki dengan sahabat-sahabat sekalian…
Jadi…
Dengan segala hormatnya…
Antum semua kena menjawab segala teka-teki yang diajukan okey…     ^_^
Soalannya :-
1.       Apakah surah-surah yang bermula dengan   الر ?      
2.       Siapa dia kanak-kanak yang paling awal memeluk Islam ?
3.       Batu yang dipijak oleh Nabi Ibrahim a.s. semasa membina ka’abah dikenali sebagai apa ?
4.       Namakan isteri Rasulullah s.a.w. yang dipertanggungjawabkan menyimpan naskhah Al-Quran di rumahnya?
5.       5 darab 10 = 50
Huraikan formula matematik di atas.
6.       Apakah hubungan kekeluargaan antara Rasulullah s.a.w. dengan Saidina Ali Bin Abi Talib r.a ?
7.       Dua benda yang tidak disukai manusia tetapi disukai oleh Allah ?
8.       Apakah persamaan antara bulan Muharram, Rejab, Zulqaedah dan Zulhijjah ?
9.       Siapakah orang pertama yang melaungkan azan ?
10.   Bangkai apa yang boleh di makan ?
11.   Apakah rahmat yang seringkali manusia lari daripadanya ?
Soalan tamat dah….
Okey, sekarang anda diberi masa untuk menjawab soalan-soalan yang tertera di atas…
Sila ambil masa anda jangan terburu-buru ok..???
Dah dapat jawapannya..??
Betul ke salah jawapan antum tue..?? hehehehehehe…
Jom kita tengok sape yang kena…. Hihihihihihi….
Jawapannya adalah….. jeng3…
1.       Surah Ibrahim, Al-Hijr, Yusuf, Hud dan Yunus
2.       Ali Bin Abi Talib r.a.
3.       Maqam Ibrahim
4.       Hafsah bint Umar
5.       Solat lima waktu yang diganjari setiap waktu dengan 10 pahala hingga menyamai 50 waktu solat. Dalam riwayat Muslim hadis Nabi yang bermaksud. “Allah berfirman, ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya adalah solat lima waktu sehari semalam, setiap solat pahalanya adalah sepuluh maka bererti pahalanya 50 kali solat.’ “
6.       Rasulullah s.a.w. adalah bapa mentua Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. Ali mengahwini puteri baginda iaitu Fatimah.
7.       Bau mulut orang yang berpuasa yang wangi ibarat kasturi di sisi Allah dan darah orang yang mati syahid yang tidak perlu dibersihkan
8.       Empat bulan haram yang diharamkan berperang
9.       Bilal Bin Rabah r.a.
10.   Ikan
11.   Hujan
 Ha… berapa banyak yang betul sahabat-sahabat…???
Moga-moga dengan teka-teki yang serba ringkas ini dapat mengingatkan kepada kita semula mengenai fakta-fakta yang tidak kurang penting tersemat di dalam kotak minda kita…
Sekian, wassalam…

No comments:

Post a Comment