Sunday, December 19, 2010

LeBaH bUkAn SeKaDaR rAjIn

Kali nie jom kite cakap pasal lebah sebab binatang pon boleh jadi asbab untuk kita dapat motivasi. Percaya tak..? Tak percaya... Jom kita masuk hutan sekejap... Kita cari lebah... Jeng3x...
NIELAH LEBAH YANG ANA JUMPA DALAM HUTAN TADI...
NGEH3...

Lebah termasuk dalam keluarga binatang tapi pada pecahan serangga, dia tetap haiwan. Dia ni binatang yang pelik, boleh terbang macam unggas, boleh tak terbang macam haiwan melata. Ia merupakan haiwan yang unik dan istemewa sebab dalam Al-Quran ada cerita pasal lebah. Dalam hadis pon banyak cerita pasal lebah.
Jom kita sama-sama tengok hadis Nabi s.a.w. ni, “Demi ALLAH yang aku dalam genggamanNYA, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”
Waaaa!!! (nada teruja) itu macam ka..? Ya, itu macamlah tuan, puan, abang, kakak, mak cik, pak cik, datuk, datin, nenek, atok dan semua yang bergelar manusia lah yerk... ^_^
Begitu punya dahsyat sampai simpan saja dalam rumah malaikat memohonkan rahmat. Dahtu kalau makan pulak..... Masuk seribu ubat dalam perut dan keluar sejuta penyakit... Subhanallah... Super power!!!
Jadi, jangan tanya lagi, terus cari madu, jangan cari lebah. Jangan bela lebah dalam rumah kecuali memang nak usahakan penghasilan madu lebah, tu lain. Kalau bela lebah dalam rumah alamat nak cari benjol serata badanlah tue... J
Nak tahu tak, madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan semasa musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan semasa musim sejuk (winter). Habis madu negara kita dikelaskan yang mana yerk..? Jawapannya di tangan antum...

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat di buat manusia” An-Nahl ayat 68
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang memikirkannya.” An-Nahl ayat 69
Surah An-Nahl atau lebah di dalam Al-Quran tafsiran A. Yusuf Ali menghuraikan lubang-lubang berbentuk hexagon atau enam segi pada sarang lebah menunjukkan kecekapan serangga ini menjimatkan ruang untuk didiami setiap penghuni.
Kehidupan lebah didokumentasikan dengan baik di dalam Al-Quran yang menyaran manusia untuk meneladani kehidupan makhluk ini selain mengambil madunya yang cukup berkhasiat. Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Di samping itu, di dalam madu terdapat pula tembaga, sodium, dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Terapi lebah dimulai di China dan Timur Tengah, khususnya Mesir. Pengubatan tradisional di China memiliki umur ribuan tahun sebelum pengubatan moden mulai bangkit di Eropah. Salah satu bentuk modifikasi akupuntur yang popular di dunia saat ini adalah dengan menggunakan jarum sengatan lebah madu yang disebut “bee acupuncture.”
Kat sini ana nak bagi tips macam mana nak simpan madu di rumah supaya khasiatnya tak berubah...
Ø Jangan simpan madu lebah di dalam peti ais atau di tempat yang panas.
Ø Jangan simpan madu dalam bekas yang diperbuat daripada logam seperti besi.
Ø Jika madu dalam botol masih ada banyak gas, jangan goncang botol tu. Meletup nanti atau botol pecah akibat tekanan gas dalam botol madu tersebut.
Ø Jangan simpan madu di tempat yang berbau busuk kerana madu itu bersifat menyerap.
Ø Elakkan dari minum madu dan makan buah tembikai.
Ø Minum sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Sekian perkongsian... Jangan lupa amalkan taw...

No comments:

Post a Comment