Friday, June 3, 2011

Itulah Jalan Jundullah



Jalan ini...
Mengajar erti perjuangan,
Mendidik makna pengorbanan,
Azam dan tekad perlu diteguhkan,
Istiqamah dan istimrar tidak jua ketinggalan...

Pelbagai mehnah kan hiasi perjalanan,
Harta dan jiwa kan kita korbankan,
Ketawa riang kan kita tinggalkan,
Tangisan syahdu kan menanti dalam perjalanan...

Ayuh! Ke mari wahai jundullah,
Kuatkan tekad, ayunkan semangat,
Dalam menggapai redha Yang Satu,
Inilah kisah dalam perjuangan,
Andai putus lengan kita berpaut siku,
Andai putus siku kita bergayut bahu,
maut tidak akan diambil tahu...

Namun, wahai jundullah,
Mari kita lihat firman ALLAH s.w.t. yang bermaksud :
“.... dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini   (Muhammad : 38)”

Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba yang bermalas-malasan,
Senantiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya iman,
Cinta Allah dibuatnya khayalan...

Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah yang penuh ujian,
Sahutlah seruan dakwah ini dengan keikhlasan...

Ketahuilah,
Allah memelihara jalanNya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat dgn ketakwaan,
Merindui wajahNYA jua keredhaan..
Itulah jiwa insan pejuang.

Bimbangilah..
Daripada memiliki jiwa munafik..
Bertopeng ketaatan…

8 comments:

  1. alhamdulillah, moga berguna buat semua..
    insyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, moga sama-sama dapat manfaat..perkongsian ilmu di WADi, semua untuk anda..ambillah


    Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

    ReplyDelete
  3. sajak?syair?gurindam?catatan?lagu puisi?

    bila kita melihat seekor tikus berlegar2 tenang di suatu kawasan,maka akan ada lebih sejuta ekor yang lain sedang bersembunyi di kawasan yang sama. sama ada kita bergerak sendiri atau kita bergerak bersama tikus2 itu,ataupun kita menjadi tikus2 itu.kita kena pilih sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam 'alaikum.. Mohon share yer sahabat .. Syukran Jazilan ^_^

    ReplyDelete