Monday, June 13, 2011

Pilihanku Adalah Tarbiyyah

Hidup ini sebuah pilihan.
Hidup ini sebuah harapan.
Kita memilih dan mengharap atas pelbagai keinginan.
Kita juga dipilih dan diharapkan menunaikan pelbagai keinginan.
Dan sengaja hakikat ini diciptakan sedemikian.
Agar terus ada dahi-dahi yang sujud dengan kerendahan hati
Agar terus ada jiwa-jiwa yang menangisi kesilapan diri
Agar terus ada tangan-tangan yang menengadah ke langit
Demikian kehidupan kita di bumi.
Tidak mudah
Dan tidak pasti.
Tetapi hakikatnya indah
Dan penuh seri,
Kepada mereka yang mahu merasai.
Tidak akan aku kecewakan hati itu.
Hanya kerana hatiku kaku dalam sendu.
Tidak akan aku padamkan semangatnya
Hanya kerana semangatku kelam kelabu.
Tidak akan aku biarkan hati itu dirundung kerisauan
hanya kerana kelemahan aku yang masih berterusan.
Aku perlu bangkit.
Demi hati yang mengharapkan kebangkitan ku.
Demi umat yang menuntut keazamanku.
Demi diriku yang memerlukan aku.
Allah…  inilah jalan tarbiyyahku..

8 comments:

  1. Ujian dan dugaan itu tanda kasihsayangNya,

    Agar kita tidak leka melupakanNya,

    Perancangan Allah itu sangat luas dan hebat,

    Selagi kita meletakkan harapan kepadaNya,

    Selagi itu hati kita yakin dan tenang dalam menghadapi ujianNYa...

    insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    syukran kathiran...
    =)

    ReplyDelete
  3. "KEYAKINAN KEPADA ALLAH ADALAH IBARAT AIR KEDAMAIAN YANG TIDAK PERNAH KERING MENJADIKAN SEORANG MUSLIM TETAP TEGAR DISAAT ORANG LAIN BERGUGURAN TETAP TENANG DISAAT ORANG LAIN KETAKUTAN... BIAR REBAH JANGAN BERUBAH, BIAR TERBUANG TERUSKANLAH BERJUANG..."

    suke kata2 kat atas ni... jadi sy pun copy paste kan ia..hee =)

    ReplyDelete
  4. yep. insyaAllah tak akan disia-siakan tarbiyah yang Allah kurniakan :)

    ReplyDelete
  5. semoga Allah berikan kekuatan untukmu.. terus melangkah dengan hati yang ikhlas, mengharap hanya balas pertemuan denganNya..

    doa dari ukhti di kejauhan~~.. jauh la sgt,, eheh

    ReplyDelete
  6. insyaALLAH ukhti...
    jauhlah ukhti... ^_^
    rndu sgt2 kat ukhti...
    moga suatu hri nty kte ketemu lagi ye.. ;)

    ReplyDelete