Thursday, August 4, 2011

Pujukan Sang Khaliq

Tika ku mulai lemah,
Tika ku mulai longlai,
Tika ku mulai lesu,
Tika ku terduduk menangis tersedu-sedan,
Apa yang ku harapkan hanya kekuatan, kekuatan dan kekuatan…

YA!!!
Diriku perlukan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai…
Perjuangan yang ku kira kian mencabar,
Inilah dia medan kekasihku…
RASULULLAH S.A.W…

Setitik demi setitik air mata kian mengalir,
Suara tangisan kian kedengaran tika ruku’ku, sujudku dan di dalam setiap bisikan doa…
Ku mencari dan terus mencari kekuatan itu…
NAH!
Inilah dia pabila SURAT CINTA ALLAH berbicara,
Pabila SANG KHALIQ memujuk hamba yang hina ini…

Dia mengingatkanku tentang janji..
JANJI..??
Ya sayang, tentang janjinya pada jundullah,
Dia tidak akan mensia-siakan usaha kita…
Dia akan mengira setiap titisan peluh yang merembes keluar,
Dia akan menghitung setiap wang yang diinfaqkan,
Semuanya ada di dalam genggamanNYA…

Kemenangan itu pasti,
Syurga itu pasti,
Asalkan dirimu ikhlas dalam jalan ini…

Kuatlah sayang…
Kuatlah sayang…
Kuatlah sayang dalam menempuh segala onak duri perjuangan…

Teruslah melangkah…
Melangkahlah atas dasar kefahaman…
Usah kau bersedih lagi..
Kernaku yakin ALLAH pasti sentiasa di sisi..
INSYAALLAH…

MOGA TERUS THABAT DI JALAN INI… AMIN YA RABB...


ALLAH sentiasa di sisi ^_^



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sayangku..

    Moga kamu terus kuat. Moga terus tsabat. Melangkahlah dengan penuh yakin, usah berpaling. Yakin dengan janji-janjiNya. Moga terus kencang dalam medan ini.

    ~kerana Allah kita mara :)

    ReplyDelete
  3. INSYAALLAH ukhti syg...
    AL-FATH KUAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    INSYAALLAH 3X...

    ReplyDelete