Wednesday, August 17, 2011

Warkah Sepi Murabbi....


Adik-adikku sayang,
Dah lama ingin ku tulis warkah sepiku ini buatmu…
Dan akhirnya, dengan izinNYA, DIA memberikan kekuatan untukku mencoretkan sesuatu buat dirimu…

Adik-adikku sayang,
Pertama kali akak melihatmu,
Pertama kali akak mengenalimu,
Pertama kali kita bertemu,
Yang ada di mindaku hanyalah “engkau adalah mad’uku”
Tanggungjawab yang tergalas di bahu ini akan ku pikul dengan semampuku…

Adik-adikku sayang,
Tika adik mengadu penat, sakit dan letih dengan kerja seharian,
Akak berusaha untuk menguatkan dirimu,
Akak berusaha untuk menggembirakanmu,
Dan paling penting, akak mengingatkanmu tentang kewujudanNYA…
Siang malamku,
Pagi petangku,
Hanya dirimu adik sayang yang sentiasa bermain di kotak fikiran…

Adik-adik sayang,
Akak sentiasa mendoakanmu agar Allah memberikanmu peluang dan ruang untuk berubah,
Agar Allah memberikanmu jalan yang terbaik,
Dan paling akak harap….
Kita sama-sama berada dalam jalan ini adikku sayang,
Maafkan akak andai harapan yang akak letakkan ini terlalu tinggi…
Tapi ianya bukan mustahilkan sayang..??
Andai itu takdir yang sudah tersirat di LUH MAHFUDZ…

Buat detik ini, biarlah segala kesakitan ini akak tanggung sebagai kafarah buat dosa-dosa silam akak…
Maafkan akak andai kesilapan lalu yang menjadi penghalang buat adik-adik sayang…
Maafkan akak…
Akak cuma ingin adik-adik tahu,
Akak sayangkan adik kerana ALLAH…
Akak akan berusaha semampu akak untuk adik merasai apa yang akak rasa…
Nikmat iman dan islam…

1 comment: