Tuesday, October 25, 2011

فكرتنا

Insan itu kurniaan Tuhan,
Punya pemikiran,
Punya kefahaman,
Punya kefaqihan,
Dari pelbagai sudut,
Dari pelbagai aspek,
Namun segala pemikiran kita,
Segala kefahaman kita,
Haruslah,
Perlulah,
Bertunjangkan ISLAM,
Berpaksikan IMAN…

Ilmu dan fikrah ibarat lagu dan irama,
Tiada irama manakan dapat lagunya….

Syumul itu ciri Islam,
Lengkap mengindahkan,
Menjadi gah pada umatnya,
Menjadi izzah pada mukminnya,
Hilangnya merapuhkan syahadah ALLAH,
Khilafnya bakal meranapkan kegemilangan kalimah Ar-Rahman,
Namun…
Mengapa umat kini tidak mensyumulkannya..??

Apa pula yang dimaksudkan sebagai kamil..??
Fikir-fikirkanlah…
Fikrah Islam diislahkan sebagai ajaran ALLAH yang
Syamil…
Kamil…
Dan
Mutakammil…

Analoginya,
Ibarat sebuah kereta yang cukup serba-serbinya,
Namun pancit tayarnya,
MAKA…
Cacatlah ia,
Begitu juga dengan kita,
Sebagai kader dakwah,
Andai masih wujud masalah hati,
Maka tidak sempurnalah ia,
Punahlah ia...

Ayuh kita renungkan,
Dalam surat cinta ALLAH,
Surah Al-Baqarah ayat ke sepuluh yang berbunyi,
“ Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ALLAH menambah penyakit-penyakitnya itu dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta”
Nauzubillahi min zalik…

Ukhtiku sayang,
Hidup ini penuh dugaan,
Amat payah,
Amat sukar,
Di sebalik harakah ada kesungguhan,
Di sebalik ukhwah ada kemanisan,
Indahnya hidup ini…

Alangkah sedih hati ini,
Andai fikrah kita tak serupa,
Syamil..!
Kamil..!
Mutakammil..!
Itu benar,
Namun…
Dakwah kita tidak akan sempurna,
Andai salah satu diabaikan,
MasyaALLAH,
Minta dijauhkan…

Wahai para daie,
Bangkitlah!
Sejauh mana usaha antum..?
Setinggi mana impian antum..?
Setebal mana keimanan antum..?
Renungkan ukhtiku sayang…

5 comments:

  1. fikratuna
    semoga mjd pegangan hingga hujung nyawa..

    teruskan bersajak ;)

    ReplyDelete
  2. amin, insyaALLAH...

    ukhti pown same,,,
    slamat bersajak..
    :)

    ReplyDelete
  3. insyaallah jika berkesempatan
    suatu ketika nty :)

    ReplyDelete
  4. ku tunggu saat dan ketika itu...
    ^_____^

    ReplyDelete