Wednesday, October 26, 2011

Perjalanan yang Panjang

Saat itu dulu sungguh indah.
Kita berlumba-lumba untuk berlapang dada,
Kita berlumba-lumba untuk membersihkan jiwa,
Kita berlumba-lumba untuk memperbaiki diri,
Kita berlumba-lumba untuk saling memberi,
Kita berlumba-lumba untuk melafazkan rindu dan uhibbuki,
Kita berlumba-lumba membina kefahaman diri,
Kita berlumba-lumba untuk merendah diri,
Kita berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dari sesama sendiri.

Tetapi, kerana lamanya perjalanan, jauhnya pemandangan, bertambahnya pengalaman, kadangkala kami khuatir…
Yang bertambah bukanlah tawaddhu’ tetapi ego,
Semakin susah hendak ditegur,
Semakin sukar untuk dilentur.

Yang bertambah bukanlah cinta tetapi emosi,
Pantang ditolak mencebik bibir,
Bila ditegur dianggap sindir,
semakin lama semakin meminggir.

Yang bertambah bukanlah yakin tetapi ragu,
tidak tsiqah lagi pada sang guru,
merasa dada dipenuhi ilmu,
mana ditunjuk mesti dituju.

Yang bertambah bukanlah kasih tetapi marah,
serba tak kena segala arah,
ini tak betul, itu pun salah,
semakin lama semakin parah.

Berapa lama sudah kita berlari-lari anak disini? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?
Berapa ramai yang berhijrah dari hamba dunia kepada hamba Allah di tangan kita? 10 orang? 100 orang? satu kampung seperti Abu Dzar?
Berapa banyak surah dari kitabullah yang terukir di dada kita sejak hari pertama kita menjejak tarbiyyah? 1 surah? 1 juzu’? 1 Qur’an?

Da’iyah yang benar peribadinya perkasa,
Semakin lama semakin sasa,
Kukuh iman, takwanya raksasa,
Bila didekati ikhlasnya terasa.

Kedegilan dan kekerasan hati seorang da’ie tidak menambah apa-apa kepada bangunan dakwah KECUALI meruntuhkannya serta-merta.

Allahu rabbi, selamatkanlah kami dari kejahatan dan kedegilan diri kami sendiri.

6 comments:

  1. salam alaiki ukhti,

    shukran ziarah blog ana yg x seberapa..


    ukhti tarikh lahir 14 september ke? tahun berapa? ^^

    moga ukhti sentiasa thabat di jalanNya dan teruskan berda'wah di samping selalu berhati2 dalam penulisan kerana Allah SWT akan bertanya mengenai tulisan kami nnt.

    WAllahua'lam..

    slm ukhuwah fillah
    Liana

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...
    syukran juge sudi singgah ke teratak al-fath..

    na'am
    ana 19 thun... =)

    insyaALLAH...
    syukran ats peringatan..
    ^_______^

    salam ukhwah penuh mahabbah...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    subhanallah.. ana pohon copy..
    moga dipermudahkan Allah menjadi hebat dalam urusan dunia&akhirat..slmt bermujhdh

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kembali...

    silakan ukhti...

    amin, amin amin YA RABB

    ReplyDelete
  5. ma fi musykilah ukhti. sudah menjadi tanggungjawab sesama umat seIslam untuk saling mengingati satu sama lain=)

    maas salama

    ReplyDelete