Thursday, December 1, 2011

Dunia Dakwah Itu Dunia Hamba




Terkadang memang kita rasa sukarnya menjadi manusia.

Memikul beban. Memikul amanah. Amanah yang tidak sudi dek gunung untuk memanggungnya.

Ada pun kita juga terpaksa melalui hidup  bersama organ bernama jiwa yang mudah terluka…. yang sering memecah saraf menuju kemata hingga  menakung airmata  nestapa.

Ada waktunya kita tak mampu!

Tak mampu menahan perasaan. Tak mampu dengan ujian. Tak mampu dengan sembilu hidup yang bertali arus merayap hingga ke ubun ubun…..hingga takdir itu mengusik rasa. Membenam redha yang sekuman cuma!

Namun itulah dia langkah perjuangan. Itulah sifat kehambaan. Itulah nama khalifah yang Allah beri ( baqarah 30) untuk kita uruskan dunia ini dengan sebaiknya.

Kita bersyukur kita jadi manusia yang dimuliakan dan tidak jadi Jin  yang sama sama diarah untuk mengabdi diri padaNya ( zariyat 56 ) Kita pun tidak tahu apa ada dalam dunia Jin! Apa masaalah Jin pulak! Apakah masaalahnya serupa dengan kita memegang masuliyah ini? Bertarung dengan kehidupan. Bertarung dengan pekerjaan. Bertarung dengan masa dan himpitan perasaan yang terkadang membuat kita stress dan tension sepanjang malam. Tak boleh lelap mata. Memikir dan terus memikir akan perjalanan perjalanan esok yang belum tentu menyebelahi kita!

Memang esok masih ada.

Tapi apakah esok kita itu akan dapat melihat iman kita memanjat langit  disamping dapat mentarbiyah dan mendakwah manusia  untuk menjadi  hamba yang kuat dalam mencintai deen ini atau kita semakin lemah disedut nafas nafas dunia hingga tarbiyah dan qudwah kita tidak berkesan  untuk mereka contohi lalu mereka lari meninggalkan kita atas kesilapan dan sedikit kealpaan kita memperbaiki diri dalam membimbing dan bersungguh sungguh menjaga mereka!

*Memang dunia dakwah adalah dunia hamba*

Eksklusif untuk hamba.

Barangsiapa yang rasa dia bukan hamba, dia tidak layak berada dijalan dakwah ini.

Hamba kena patuh. Kena taat. Kena ikut maratib hidupnya.

Dari celiknya mata hingga kita tidur kembali wajib memegang iman dan islam meskipun seperti bara api.

Harus taat kepada hukum-hakamNya.

Harus redha dan pasrah segala ketentuanNya meskipun terkadang dalam menyusuri jalan dakwah ini kita terzalimi, teraniaya dan terhukum dengan  manusia yang kita  dakwahi!

Memang kita tiada daya untuk mempertahankan diri. Apa lagi untuk membela diri dan kebenaran ini. Hanya akhiratlah! Akhiratlah mahkamah kita untuk memujuk hati yang terlerai ini!

Itulah erti pengabdian

Mengabdi dan  terus mengabdi.

Dari satu kepahitan kesatu kepahitan harus kita telan….

Dari habluminallah hingga hablumminannash.

Allah tidak izinkan kita mengeluh dan menyesali meski ia mengusik rasa!

*Tiada kegembiraan untuk mukmin kecuali disyurga*

Siapa yang tidak berjuang, dia harus tahu bahawa tika itu dia berada dalam kemungkaran.

Kemungkaran mengabaikan amanah yang diberikan dalam keterbatasan waktu untuk dia  menyiapkan assignment  Allah yang akan menjadi pendakwanya diakhirat nanti.

Masih adakah masa untuk kita rest?

Tidak kah kamu lihat diluar sana? Kefasadan terus berlaku … mengunyah makruf makruf yang dibina pendakwah dahulu! Hingga hampir menelan kita?

Tidak kah kamu belas melihat saudara-saudara kamu yang akan satu persatu jatuh lebur dalam kawah dunia!

Jangan kita rasa selamat!

Jika Islam tidak terbela, Allah akan turunkan bala yang akan melahap sesiapa saja tanpa batas. Yang baik dan yang jahat  juga akan menerimanya. Itu janji Allah. Dan kita tidak ada pilihan, wajib melaksankan perintahNya.

Sebab itu tarbiyah mengajar kita supaya menjadi soleh wa musleh ( Soleh diri dan mensolehkan orang lain )

Supaya kita  faham akan sifat kehambaan ini.

Hendak menjadi soleh dan memahami sifat kehambaan ini, kita perlukan ilmu.

Dari perkara Fardhu ain hinggalah ke fardhu kifayah.

Dari perkara wajib ke sunat muakad hinggalah kepada yang berbentuk ghairu-muakad.

Tanpa kefahaman ini kita akan terpinga-pinga disepanjang perjalanan dakwah ini dan inilah yang menyebabkan kebanyakan sahabat dan sohibah kita keguguran dijalan dakwah kerana mereka tidak dapat merasai sifat hamba itu secara terperinci.

Tidak dinafikan kita semua tahu kita hamba, tapi kebanyakan kita tidak merasai dirinya hamba!

Kita mengetahui diri kita hamba hanyalah berbentuk maklumat sahaja tapi orang yang merasai dirinya hamba adalah orang yang dapat merasainya dengan hakkul yakin hatinya!

Kita mentarbiyah dan ditarbiyah adalah untuk kita mendidik diri agar kita rasa kita hamba dan Allah sentiasa melihat dan memantau kita. Merasa Allah  meyatu dalam diri dan ruh kita.

Kita mesti mengekalkan rasa itu dimana-mana bersama ALLAH.

Waktu berjalan, duduk bercakap, bekerja, berukhwah, berjuang bersendirian ataupun ramai.

Inilah inti tarbiyyah.

Memang sukar untuk rasa sifat kehambaan ini kerana ianya bermula dari hati! Rasa hati ini sangat seni. Sangat maknawi. bersifat halus dan lembut, selembut sutera yang dilurut …

Mampukan kamu merasai itu dalam perjuangan ini? Disepanjang kamu mendaie daiyah ini?

Apa yang selalu kita rasakan ya ukhti?

Biasanya hati ini kita akan rasa ketuanan. Kita rasa kita super dari orang lain. Kita selalu anggap kita hebat, besar dan lebih dari orang lain. Lalu keegoan kita berakar umbi didalam hati.

Kalau kita jadi murabbi, kita jadi muarbbi yang kasar dan brutal sekalipun kita seorang akhawat.

Terkadang kita memandang mutarabbi kita pun tidak dengan  pandangan kasih sayang.

Kita membeza-bezakan adik-adik dibawah kita. Mana yang ikut cakap kita, kita tatang bagai minyak yang penuh. Mana-mana adik kita yang sering tegur kesalahan kita, kita sisihkan dia macam bawang putih bawang merah.

Mana cinta kita. Mana sayang kita.

Sebab itu dalam perjalanan dakwah ini kita perlukan wazan sifat kehambaan itu agar dapat bentuk peribadi kita  selaras dengan AlQuran.
Jadilah seperti cahaya bulan yang menerang dalam kelembutan dan jangan jadi mentari terik walau bercahaya amat memeritkan!

Ingatlah kita sebenar nya menderita walau zahirnya bahagia kerana kita telah hilang sifat kehambaan ini. Hilang Allah dari jiwa kita hingga perkara makruf yang kita lakukan pun penuh dengan riya’ dan ujub yang mengikat!

Jika itu masih ada lagi dalam diri kita buangkanlah sebelum Allah datangkan kebinasaan kepada kita berbentuk penarikan hidayah yang selama ini diberikan kepada kita hingga kita gugur dijalan dakwah ini sebagai tenteranya.

Akhirnya marilah kita isi ruang ruang yang masih kosong ini untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia dijalan dakwah ini. Biarkan apa pun masaalah kita dan kesibukan kita atau ujian yang melanda sekalipun takdir itu kadang kadang mengusik rasa tapi mau tidak mahu kita harus teruskan jua perjalanan yang tiada penghujung ini melainkan syurga.

Jadilah hamba yang berguna yang boleh membawa cahaya kepada manusia ….

Seperti kata albanna

“Seandainya aku menjadi selain dari manusia, aku memilih menjadi bulan yang bersinar disaat malam purnama ….”

~~ FAGHFIRLI YA RABBI, FAGHFIRLI YA RABBI~~

2 comments:

  1. InsyaAllah, mudah-mudahan berhasil dakwah yang dititip.
    :)

    ReplyDelete
  2. Amin...
    InsyaALLAH..

    jazakillah dik syg...
    rndu adek...
    :')

    ReplyDelete