الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد
(takbir raya versi
sayu)
“ Bila nak update cakoi ? “
“ Ehem, dah lama tak
menulis ? “
“ Entry dah berubah ? “
Terima kasih pada kalian J
Berikan secebis kekuatan dan
harapan J
Dalam tinta perjuangan J
Alhamdulillah wa syukru
lillah,
Kerna Engkau mengurniakan
mereka yang hebat di sekelilingku.
****************************************************************
Seusai memberi salam
mengakhiri solat zuhur, ku berteleku di tikar sejadah. Terbayang satu persatu
kegembiraan, kesedihan dan kesilapan diri sepanjang perjalanan seorang
perantauan sambil lidah mengucap istighfar sebanyaknya.
************************************************************
Saat paling sebak dan sesak
jiwa ini, tika terbayang saat kefuturan diri ini… Allah… Allah… Allah…
Bergenang air mata saat ini… Ampunkan dosa dan kesalahan diri ini Ya Ghafur….
****************************************************************
Kepenatan,
Kelelahan,
Kelesuan,
Tekanan,
Menghimpit minda dan
perasaan,
Serasa ingin melepaskan
semua bebanan,
Bermula sebuah episod
kefuturan….
Saat jiwa ingin
memberontak,
Mencari sesuatu yang lebih
‘menenangkan’ jiwa,
Mula memandai-mandai kurang
bertilawah,
Mula meringan-ringankan
sujud tahajud,
Mula bermalas-malasan
bacaan ma’thurat,
Mula mencari-cari alasan
untuk tidak urut serta,
Dalam program-program
tarbiyah,
Tika diri dilamar menjadi
muwajjih,
Pelbagai helah digunakan,
Saat usaha serasa tidak
dihargai,
Serasa ingin memaki
mereka-mereka itu,
Ya,
Hati ini makin keras,
Air mata makin beku,
Dan akhirnya…..
= LEFT GROUP =
= LEFT GROUP =
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
=LEFT GROUP=
Serentak kesemuanya ku
tinggalkan,
Fuh,
Lapang fikiranku,
Kosong,
Bebas,
YA
Bebas untuk lakukan apa
sahaja,
Tidak lagi terikat dengan sesiapa,
Tidak lagi terikat dengan
apa-apa…
Tapi……..
‘Kau nampak kuat tapi kau
rapuh’
Jiwa aku resah,
Rasa bersalah,
Ya
Berdosa,
Biar jaket dakwah ku
tanggalkan,
Mana mungkin,
Jaket ABID,
Jaket KHALIFAH,
Dapatku tanggalkan,
Kerna jaket itu kan kekal
hingga saat kematian…
Allah…
Allah…
Allah…
Faghfirli YA RABB…
Terbayang satu persatu
wajah anak usrah,
Terbayang satu persatu
kenangan berprogram,
Pelbagai soalan menerjah minda,
Allah redha ke apa yang aku
buat sekarang?
Macam mana pengakhiran
hidup aku nanti?
Apa reaksi Allah bila aku
jumpa Dia nanti?
Rasulullah tersenyum ke
dengan perbuatanku sekarang?
Apa aku nak jawab dengan
Allah kelak?
Ku biar soalan itu berlalu,
Tanpa sebarang reaksi,
Dengan cara apa?
Mengeraskan hati,
Pekakkan telinga,
Tapi tiap akhir sujud
solatku,
‘Ya Allah pilihlah aku
berada dalam kalangan mereka yang beriman?’
TANPA segan silu minta pada
Dia,
Dalam kondisi kemurkaanNya,
Menolak segala taklifan,
Allahu...
Manusia, bagaimana kamu ini
?
Masih lagi mahu meminta ?
Sedang diri sentiasa
berdosa ?
Satu ketika.....
Membuka kalamNya,
‘Ya Allah, masih adakah
peluang untukku kembali?’
‘Ya Allah, pujuk aku dengan
kalamMu’
‘Ya Allah, berikan kekuatan
dengan kalamMu’
Bismillah...
Akhirnya...
****************************************************************
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang
sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan
kesukaran untukmu dalam agama (22 : 78)
**********************************************************************************
Berbekalkan kekuatan dengan
kalamNya,
Ku bermula mengumpul
kekuatan,
Menangis saban hari,
Berdoa tiap ketika,
‘Ya Allah, pilih aku berada
dalam jundiMu’
Saat mata memandang langit,
Hati menangis...
‘Engkau masih menerimaku ke
Ya Allah?’
Saat memandang handphone,
Rindu dengan mesej-mesej
dakwah,
Dulu ku kira ‘membingitkan’
telinga,
Namun ku sedar...
Andai benar dakwah ini
nadiku,
Mana mungkin aku mampu
hidup tanpanya,
Ya,
Aku akan kembali...
I’Allah
Bukan mudah untuk kembali,
Kekuatan yang diperlukan
berganda-ganda banyaknya,
Tidak mampu hanya sejuz
sehari,
Tidak mampu bertahajud
seminggu sekali,
Tidak...
Engkau masih rapuh,
Serapuh-rapuhnya...
Dan semestinya...
Ku tidak mampu...
Andai Dia tidak memilih...
‘Ya Allah pilihlah aku
berada dalam kalangan jundiMu’
Allahu....
Dengan secebis kekuatan,
‘Ukht, ana nak masuk dnt
semula....’
Malu...
Tapi aku mahu.....
Buang sejauhnya perasaan
itu,
Ku harap Engkau redha...
Ku harap ianya tarbiyah
untukku makin ikhlas...
Amin...
Untuk daie dalam kefuturan,
Apa kamu bebas sekarang?
Apa kamu gembira dengan
kehidupanmu?
Apa kamu bahagia bersama
Rabbmu?
Jawapan pada kamu,
Ada dalam genggamanmu...
Tuhan itu tidak pernah
berputus asa dengamu,
Mana mungkin kamu layak
berputus asa sama Tuhan,
Ikat semula hubunganmu
denganNya,
Cari semula petunjuk
bersamaNya,
Sulam semula cinta
bersamaNya,
Dan kamu tidak akan
menjumpai.....
Apa alasanku untuk tidak
bersama mereka?
Kerna kamu hambaNya yang
mengerti...
Terus mencari jawapan...
Bersama Dia,
Bersama kalamNya...
Pssssssstttt,
Berlari ke usrah sebentar,
Mata bling bling,
Hati gembira,
Lidah mengungkapkan....
Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah...
Thabatkanku hingga akhir hayatku...
Amin....