Thursday, October 30, 2014

::OBSES::

Bismillah,
Moga Engkau menerima amal-amalku,
Moga Engkau memandang tiap huruf yang dilakar,
Dalam pena seorang pejuang…

A : Ana tak tahulah macam mana nak settlekan diri ana ni…
B : Nape ukht?
A : Cepat sangat down, give up dengan mad’u, malas buat kerja dakwah jangan cakap
B : Ohhhh, ana nak tanya satu soalan
A : Gapo die?
B : Enti buat solat fardhu awal waktu tak?
A : Ikut mood
B : Patutlah enti macam tu
A : Allahu Akbar!

Kamu tahu sesuatu?
CINTA itu menjadikan orang OBSES,
OBSES pada objek CINTA,
OBSES CINTA yang terlampau,
OBSES CINTA yang menggila,
OBSES CINTA yang……..
Sukar rasanya untuk diungkap…
OBSES hingga mampu mengorbankan segalanya,
Miskin lagak seperti kaya,
Lemah lagak seperti kuat,
Sedih lagak seperti gembira,
Sakit lagak seperti sihat,
Hanya kerana OBSES CINTA……
J

Apa yang sedang kamu OBSES sekarang?
DUIT?
HIDUP YANG MEWAH?
KERETA BESAR?
KELUARGA BAHAGIA?
MUTARABBI YANG SUPERB?
DAKWAH YANG MANTOP?
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA?

Kamu tahu kamu itu lembik?
Kamu tahu kamu itu sombong?
Berlagak seperti tahu segalanya,
Berlagak seperti miliki segalanya,
Kerna apa?
Kamu belum OBSES dengan Allah…

Andai saat dan ketika ini,
Allah mengarahkan untuk pergi berjihad,
Saat kamu ingin melepaskan lelah di peraduan,
Saat kamu bermuaiyasyah bersama bonda,
Apa jawapan kamu sama DIA?

Andai saat ini,
Naqibah mengarahkan kalian menghadiri program,
Saat jiwa dilanda kemalasan,
Saat hati berat ingin melakukan,
Apa jawapan kamu sama DIA?

Andai saat ini,
Mutarabbimu menghantar pesanan,
Meminta bantuan memantau anak usrah,
Saat kamu berseronok bersama teman,
Saat kamu shopping sakan bersama sahabat,
Apa jawapan kamu sama DIA?

Mudah bukan untuk menilai dimana OBSESI kamu?
Antara dua….
OBSES pada DIA
Atau
OBSES selain DIA

Fikirkanlah wahai diri…
Renunglah dalam diri sebelum kamu beradu…
OBSES itu adalah TUMMUHAT,
TUMMUHAT kepada Allah,
Kunci…….
Yang akan melahirkan TUMMUHAT DAKWAH,
Yang akan melahirkan jundi hakiki,
Seperti apa yang Dia mahukan,
Seperti apa yang Rasulullah impikan,
Maka…
Sudah tiba saat dan ketikanya,
Untuk kamu jujur pada diri,
Untuk kamu jujur pada Allah,
Untuk kamu jujur pada dakwah..

Andai tidak mampu….
TUMMUHAT kamu belum pada ALLAH secara total

Ya Rabbul izzati,
Ampunilah dosa-dosa hamba,
Kurniakanlah hamba rasa takut kepadaMu,
Yang akan menghalang hamba dari bermaksiat,
Yang akan melorongkan hamba kepada sebuah kejujuran,
Engkau izinkanlah Ya Rabb,
Merasai ketakutan sebenar padaMu…

Amin Ya Allah

Monday, September 1, 2014

::Pikirin Apa Itu?::

Berteleku sebentar di tikar sejadah,
Setitis demi setitis air mata mengalir,
Tup!
Jatuh deraian tangisan itu,
 Pada tangan yang kian tua,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Kau kuatkan diri ini hadapi mehnahMu.

Minda ini terasa di awangan,
Minda ini terasa jauh menjelajah,
Menelaah kisah hidup diri pendosa,
Yang mengidamkan menjadi daie tangguh,
Hingga detik nafas terakhir…

Tersenyum seketika,
Saat diri mula ditarbiyyah,
Kisah cinta bersama naqibah pertama,
Kisah cupcake bersama si dia,
Kisah waffle bersama si dia,
1 kisah,
2 kisah,
3 kisah,
4 kisah,
5 kisah,
Dan seterusnya kenangan demi kenangan,
Mula belayar di tubir mata.
:’)

Namun….
Hati sebak seketika,
Apakah layak diri ini menjadi daie tangguh?
Bagaimana tarbiyahku kelak saat diri sudah bekerja?
Bagaimana tarbiyahku kelak saat diri jauh dari akhwat?
Bersediakah diri ini?
Bagaimanakah perancanganku sebelum melalui saat itu?
Diri ini sayu,
Teramat sayu,
Hati ini sebak,
Teramat sebak,
Satu hal lagi,
Diri ini takut,
YA…
TAKUT…
Andai bukan menjadi pilihanNya lagi..
ALLAHU RABBI

Ya Allah,
Sucikan diriku,
Sucikan fikrahku,
Sucikan amalku,
Sucikan niatku,
Sucikan hatiku…

Ya Allah,
Ku mohon kekuatan dariMu,
Untuk thabat dalam jalan ini,
Ku mohon petunjuk dariMu,
Agar melorongkan jalan yang benar,
Yang mampu untuk thabatkan diri ini,
Ku mohon belas kasihanMu,
Kukuhkan kaki ini dalam jalan ini…

Ya Allah,
Ku benar-benar mengharap,
Agar menjadi daie tangguh,
Hingga akhir hayatku,
Maka….
Kau izinkanlah Ya Allah

Amin Ya Rabb…
Sentiasa merinduiMu Ya Allah,
Tatkala gagah mahupun rebah,

:”)

Friday, June 6, 2014

::Sebenarnya Kita Serupa::

Tarik nafas sebentar,
Lepas….
Say Alhamdulillah,
Senyum,
Tajdid semula niat,
Lakukan segalanya kerana Allah
~smile~

Terkadang kita terasa berbeza,
Terkadang keputusan kita berbeza,
Terkadang cara berfikir berbeza,
Terkadang emosi kita berbeza,
Terkadang tindakan kita berbeza,
TAPI….

Kita berada di bumbung yang sama,
Kita berada di rumah yang sama,
Kita berada di kotak tarbiyyah serupa,
Kita berada di alam tarbiyah serupa…
-senyum-

Akhwat kesayangan hati,
Jom kita recheck fikratuna,
Jom kita recheck imanuna,
-malu-

Ku yakin,
Kita bersama membina iman,
Kita menghidupkan sepertiga malam,
Kita berinteraksi dengan kalamNya,
Sentiasa dan sentiasa hidup bersamaNya,
Mabruk alaikum…

Nah sekarang,
Recheck semula bahan bacaan kita,
Kerana bacaan itu membentuk fikrah,
Fikrah yang menghalatujukan amal,
Fikrah yang membentuk cara berfikir,
Fikrah yang menghalakan sebuah keputusan…

Tidak tahu mula dari mana?
Naqibah kan ada…
-senyum-

Mari membina iman dan fikrah,
Yang akan membentuk kesefahaman,
Kerna sebenarnya kita serupa,
Moga menjadi asbab Allah terus redha,
Moga menjadi asbab dakwah kian melaju.

Bismillah,
Jalan terus,
Allah sentiasa ada,
:)

Tuesday, February 25, 2014

::Kepercayaan::

Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah…

Allahu Rabbi,
Moga apa yang bakal dinukilkan,
Menjadi bukti kecintaan,
Dan juga kekuatan,
Di saat diri ini dalam kelayuan…
Amin Ya Rabb

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Bina sebuah kepercayaan,
Terapkan kuasa kepercayaan…
Bismillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Dengan sebuah kepercayaan itu,
Kita mampu menakluk dunia,
Kita mampu menguasai dunia,
Kita mampu mencapai ustaziyatul alam..
Biiznillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Percaya sama diri,
Percaya sama mereka,
Percaya sama Dia,
Pasti dan pasti,
Tercapai ketenangan hakiki…

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Kepercayaan itu perlu dipupuk,
Kepercayaan itu perlu dibina,
Kepercayaan itu perlu dipelajari,
Maka,
Lahirlah konsep amal jamaie,
Lahirlah binaan-binaan yang sangat utuh,
Lahirkan para jundi yang hakiki,
Lahirlah kekuatan rabithah di antara kita,
Di situlah!
Allah menilai kita,
Untuk diberikan kemenangan,
Hidup mulia,
Atau
Mati syahid…
Amin Ya Rabb…

Tiada lagi keraguan,
Yang ada hanyalah kethiqqahan,
In Sha Allah
Mohon doanya

<3

Monday, February 17, 2014

::Hati::

Bismillah,
Thummalhamdulillah,
A’la kulli ni’mah,
Alhamdulillah

Bila <3  mula berbicara,
Ingin melontarkan segala rasa,
Suka, duka, tawa dan segalanya,
Oh <3
Kamu ini sifatnya gi mana???

Sudah Allah lakarkan,
Dalam mutiara cinta dariNya,
Hati itu berbolak – balik sifatnya,
Sentiasa sahaja berubah pendiriannya,
Walau dalam sedetik cuma,
Oh <3
Sukarnya untuk dimengerti kamu ini…

Kerana <3,
Boleh rosak keikhlasan insani,
Permulaan beramal kerana Ilahi,
Tup Tup berubah kerana insani,
Oh <3
Kamu ini diragui…

Kerana <3,
Bisa rosak sebuah ukhwah,
Yang sudah terpatri indah,
Dengan penangan sangkaan mazmumah,
Oh <3
Cukup cukuplah kamu ini….!

Kerana <3,
Mungkin asbab kamu melemah,
Dalam melaksanakan segala amanah,
Abid dan juga khalifah,
Kerana <3 berpaling tadah,
Kerana <3 sentiasa bertingkah,
Dari mengingati Allah

Perbaiki amalmu,
Perbaiki niatmu,
Perbaiki langkahmu,
Perbaiki gerak kerja amal dakwahmu,
Perbaiki peribadimu,
Dengan izinNya,
<3 akan dilindung,
Oleh pemilik <3
Yang sentiasa memerhati,
Amal dan juga <3

“Ya muqallibal qulub,
Thabbit qulubana,
A’la dinik,
Wa’ala toa’tik..”

Allahumma aminnnn

<3

Wednesday, February 12, 2014

::Kalam Berbicara::

Bismillah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Engkau tuntuni setiap butir kata,
Dalam setiap nukilan kata….

Ya Allah,
Ujian ini benar-benar meragut jiwa,
Hingga saat dan ketikanya,
Terjelepuk jatuh mengurut dada,
Hujan lebat di tubir mata,
Usah dibilang usah dibicara,
Allah,
Hati ini benar-benar hiba…

Ya Allah,
Mencari, mencari dan terus mencari sebuah bekalan,
Ku mengais secebis kekuatan,
Yang dapat menguatkan,
Dalam setiap bentuk amalan,
Allah,
Diri ini benar-benar lemah…

Ya Allah,
Saat dan ketika ini,
Ku benar-benar merasai,
Engkau sedang memimpin diri ini,
Engkau sedang memapah diri ini,
Engkau sedang memandang diri ini,
Untuk meneruskan perjuangan menggapai cinta,
Cinta dan kasih Tuhannya,
Nikmat dan indahnya,
Menjadi jundi hakiki Tuhannya…

Ya Rabbi,
Diri ini benar-benar teruji,
Hingga tiada kudrat untuk melangkah,
Seakan sudah tidak bermaya,
Teramat-amat melemah,
Allahu Allah

Ya Allah,
Ku berpegang pada janjiMu,
Bahawa Engkau uji mengikut kemampuan,
Dan semestinya ku mampu lakukan,
Untuk ku lakukan terbaik,
Demi redhaMu Ya Allah,
Demi cintaMu Ya Allah,
Demi cintamu Ya Rasulullah…

Ya Allah,
Moga kesakitan di saat ini,
Menjadi bekal yang tarbaik buat diri,
Untuk dihadapkan padaMu kelak,
Menjadi asbab masuk ke syurgaMu,
Allahu Allah

Manusia itu diciptakan keluh kesah,
(70 : 19)
Namun,
Tiada asbab untuk berpatah arah,
Kerna ku imani,
Jalan ini jalan yang suci,
Jalan para rasul dan mukminin,
Teruskan ayunan langkah,
Anggap sahaja segalanya indah,
PercaturanNya sudah pasti terbaik,
Bismillah….
Teruskan melangkah….
PadaMu ku bertawakkal….