Wednesday, September 28, 2011

Bila ALLAH menuntut pengorbanan

Saat diri mulai selesa dengan kondisi sekarang,
ALLAH kan menghujani pelbagai dugaan, cobaan, keperitan, kepayahan dalam mengharungi jalan juang ini,
“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi ? “ ( Al-Ankabut : 2)
Dugaan itu sudah pasti menuntut pengorbanan,
Apakah jalan yang kau miliki tika ALLAH menuntut pengorbanan itu…??
Hanya ada dua jalan ukhti sayang,
Jalan untuk terus melangkah
ATAU
Jalan untuk mengundur langkah…
Perit memang perit,
Payah memang payah,
Sakit memang sakit,
Kerna syurga itu manis,
Kerna syurga itu indah,
Sudah pasti ia menuntut tiket yang mahal bukan..??
Duhai hati…
Duhai diri yang bergelar jundullah…
Dirimu pendokong impian ustaziatul alam,
Impian besar yang memerlukan pembawa misi yang tangguh hingga ke akhir jalan!
Usah mengalah dengan dugaan,
Usah mengalah dengan cobaan,
Teruslah melangkah kerna keimanan kamu yang jitu pada
 ALLAH RABBUL IZZATI…

P/S : Buat adik2 akak yg tersayang, maafkan akak andai ada 
          kekurangan sepanjang mendidik antum…
       :  Saat, waktu dan ketika mulai perubahan itu hanya ALLAH  
          yang menentukan…
       :  Akak hanyalah tangan2 yang membantu…
       : Buat bakal daie2 kecilku, akanku usahakan yang terbaik 
         dalam menggalas amanah ini…
       : Moga ALLAH ikatkan hati2 kte atas dasar keimanan 
         padaNYA…

BANTUKU YA ALLAH MENERUSKAN LANGKAH PERJUANGAN…

Wednesday, September 14, 2011

Yaumul Milad

Yaumil Milad….

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…
Dah genap 19 tahun ana meniti kehidupan di dunia ini…
Satu angka besar bagi insan di dunia kan..??
Tapi kat akhirat, ianya sangat kecil apatah lagi…
Ia dilalui dengan keperitan azab dan siksaan dari ALLAH…
Ya Allah, rasa lambat sangat masa berlalu…
Astagfirullah, nauzubillah min zalik…

Alhamdulillah, inilah tahun kelahiran pertama ana bergelar sebagai…
seorang ‘daie’,
gembira dapat merasainya, alhamdulillah
sedih coz umur yang dah agak ‘matang’ dan tak tahu berapa lama lagi masa yang ALLAH peruntukkan untuk jalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan…

Azam baru insan yang yang begelar ‘daie’ :-
Umur dah meningkat, iman perlu diupdatekan, amalan perlu diupgratekan…
Umur dah meningkat, maut juga sentiasa mengintai-intai dan melihat wajahku setiap masa untuk ditarik nyawa, so kene sentiasa preparekan diri untuk menghadapinya…
Umur dah meningkat, dakwah perlu ditingkat, otak perlu diperah, jasad perlu bergerak jangan hanya duduk diam…
INSYAALLAH… AKANKU SEMAT AZAM DAN TEKAD INI… J

Wish besday dari akhawat :
salam, sanah helwa adikku, 

semoge usiamu yang kini semakin meningkat akan menambahkan lagi kematanganmu dalam membuat kerja dakwah yang tidak akan kenal penat dan lelah dirimu. betapa kesabaran perlu engkau titipkan. tetapi aku yakin engkau mampu lakukannya. aku nampak kesungguhan disetiap gerak-gerimu. aku nampak kepayahan yang engkau sandarkan dibahumu. betapa Allah melihat akan setiap helaan nafasmu sebagai satu perjuangan dijalan Allah. aku bangga melihat kekuatanmu. Dan ingatlah kekuatanmu adalah kekuatanku adikku. engkau adalah permata kami yang telah kami gilap agar sinarmu itu mampu menerangi segala kegelapan dunia kita kini. teruskan perjuangan. 

semoge dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah sejati...............

salam rindu, kasih dan sayang dari .....................

“Sudah sekian banyak waktu yang kau lalui
sampai saat ini kau masih tetap berdiri
sudah sekian banyak hari yang kau lewati
berjuta rasa sakit, senang ataupun bahagia kau alami
kulihat kau masih tetap thabat dijalan tarbiyah ini


kini tak terasa usiamu semakin bertambah
tanpa kau sadari banyak sudah kejadian
yang kau lewati dalam hidup mu
ku doakan agar kau tetap tegar menjalani
hidup yang penuh liku
dalam terus menggencarkan usaha dakwahmu
dan tercapai segala asa dan cita yang
kau impikan 

Semoga usia-usia yang telah berlalu diberkahi oleh Allah..
dan usia-usia yang tersisa semoga dikaruniai kenikmatan 
untuk senantiasa dalam Rahmat dan KeridhoaanNya...

sungguh unik kejadian manusia
sang Pencipta telah mentakdirkan pertemuan indah ini
disaat kte saling memerlukan antara satu sama lain
akhirnya kte ibarat satu jasad yang tidak keruan tanpe anggota lainnya
kite ibarat saraf otak yang takkan dapat berfungsi dengan sebaiknya tanpe kehadiran penemannya
beginilah juga hidupku tanpamu ukhti
andai kau tahu perasaan kasih ini
sangat perit ukhti,sangat susah untuk ditafsirkan
moge AllaH MERAHMATI HIDUPMU

ana selalu terfikir,akan datang datang ujian Allah atas setiap perasaan ini
lalu ana terfikir apa yang ana akan lakukan andai suatu hari nanti ana terpakse meniggalkan kalian 
atau suatu hari nanti ukhti terpakse meninggalkan ana dan rakan-rakan
perit bukan ukhti
namun inilah persediaan yang perlu kita garap rapi
kerana semuanya tidak mustahil akan berlakku,

hapuskanlah semue keluh kesah,
kerana saat ini islam hanya ingin melihat semangat dan tekad daripada ahlinya


ukhti...tetap ikhlas, Sabar dan Istiqomah ya!!...”


barakillah ya jamilah... sannah helwa ya ukhti.... smga peningkatan umur ini meningkatkan lagi keimanan n ketakwaan kpd Alllah... teruslah mencari n mengejar cinta n redha Allah....”
 
“Sayang,, selamat hari lahir.. :) dakwah kita adalah untuk lahirkan mereka yang tangguh! yang kekal ke penghujung jalan! ku doa dirimu adalah orangnya. amin..

Last but not least…
                         Lawati laman web ini..

http://myparentsdaughter.blogspot.com/2011/09/semoga-sahaja-dia.html
J
 
Akhawat sayang, antumlah kekuatan ana…
Antumlah yang sentiasa mengingatkan ana kepada ALLAH
& antumlah sahabat yang baik, terbaik dan the best!!
 
Moga ukhwah yg terbina kekal selamanya…
Hanya kerana Allah… insyaALLAH..
Jazakillah atas sgala kata2 semangat dan ucapan bithday nie..
 
Ana rakamkan kata2 antum kat blog ana sebagai diari hidup yang paling bahagia dalam hidup ana…
 
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA YA ALLAH…
 
LUV U FILLAH ABADAN ABADA… J