Tuesday, July 28, 2015

::Rapuh::



الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد
(takbir raya versi sayu)

“ Bila nak update cakoi ? “
“ Ehem, dah lama tak menulis ? “
“ Entry dah berubah ? “
Terima kasih pada kalian J
Berikan secebis kekuatan dan harapan J
Dalam tinta perjuangan J
Alhamdulillah wa syukru lillah,
Kerna Engkau mengurniakan mereka yang hebat di sekelilingku.

****************************************************************
Seusai memberi salam mengakhiri solat zuhur, ku berteleku di tikar sejadah. Terbayang satu persatu kegembiraan, kesedihan dan kesilapan diri sepanjang perjalanan seorang perantauan sambil lidah mengucap istighfar sebanyaknya.

************************************************************

Saat paling sebak dan sesak jiwa ini, tika terbayang saat kefuturan diri ini… Allah… Allah… Allah… Bergenang air mata saat ini… Ampunkan dosa dan kesalahan diri ini Ya Ghafur….
****************************************************************
Kepenatan,
Kelelahan,
Kelesuan,
Tekanan,
Menghimpit minda dan perasaan,
Serasa ingin melepaskan semua bebanan,
Bermula sebuah episod kefuturan….

Saat jiwa ingin memberontak,
Mencari sesuatu yang lebih ‘menenangkan’ jiwa,
Mula memandai-mandai kurang bertilawah,
Mula meringan-ringankan sujud tahajud,
Mula bermalas-malasan bacaan ma’thurat,
Mula mencari-cari alasan untuk tidak urut serta,
Dalam program-program tarbiyah,
Tika diri dilamar menjadi muwajjih,
Pelbagai helah digunakan,
Saat usaha serasa tidak dihargai,
Serasa ingin memaki mereka-mereka itu,
Ya,
Hati ini makin keras,
Air mata makin beku,
Dan akhirnya…..

= LEFT GROUP =

= LEFT GROUP =

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

=LEFT GROUP=

Serentak kesemuanya ku tinggalkan,
Fuh,
Lapang fikiranku,
Kosong,
Bebas,
YA
Bebas untuk lakukan apa sahaja,
Tidak lagi terikat dengan sesiapa,
Tidak lagi terikat dengan apa-apa…
Tapi……..

‘Kau nampak kuat tapi kau rapuh’

Jiwa aku resah,
Rasa bersalah,
Ya
Berdosa,
Biar jaket dakwah ku tanggalkan,
Mana mungkin,
Jaket ABID,
Jaket KHALIFAH,
Dapatku tanggalkan,
Kerna jaket itu kan kekal hingga saat kematian…
Allah…
Allah…
Allah…
Faghfirli YA RABB…

Terbayang satu persatu wajah anak usrah,
Terbayang satu persatu kenangan berprogram,
Pelbagai soalan menerjah minda,
Allah redha ke apa yang aku buat sekarang?
Macam mana pengakhiran hidup aku nanti?
Apa reaksi Allah bila aku jumpa Dia nanti?
Rasulullah tersenyum ke dengan perbuatanku sekarang?
Apa aku nak jawab dengan Allah kelak?

Ku biar soalan itu berlalu,
Tanpa sebarang reaksi,
Dengan cara apa?
Mengeraskan hati,
Pekakkan telinga,
Tapi tiap akhir sujud solatku,
‘Ya Allah pilihlah aku berada dalam kalangan mereka yang beriman?’
TANPA segan silu minta pada Dia,
Dalam kondisi kemurkaanNya,
Menolak segala taklifan,
Allahu...
Manusia, bagaimana kamu ini ?
Masih lagi mahu meminta ?
Sedang diri sentiasa berdosa ?

Satu ketika.....
Membuka kalamNya,
‘Ya Allah, masih adakah peluang untukku kembali?’
‘Ya Allah, pujuk aku dengan kalamMu’
‘Ya Allah, berikan kekuatan dengan kalamMu’
Bismillah...
Akhirnya...
****************************************************************
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama (22 : 78)
**********************************************************************************
Berbekalkan kekuatan dengan kalamNya,
Ku bermula mengumpul kekuatan,
Menangis saban hari,
Berdoa tiap ketika,
‘Ya Allah, pilih aku berada dalam jundiMu’
Saat mata memandang langit,
Hati menangis...
‘Engkau masih menerimaku ke Ya Allah?’
Saat memandang handphone,
Rindu dengan mesej-mesej dakwah,
Dulu ku kira ‘membingitkan’ telinga,
Namun ku sedar...
Andai benar dakwah ini nadiku,
Mana mungkin aku mampu hidup tanpanya,
Ya,
Aku akan kembali...
I’Allah

Bukan mudah untuk kembali,
Kekuatan yang diperlukan berganda-ganda banyaknya,
Tidak mampu hanya sejuz sehari,
Tidak mampu bertahajud seminggu sekali,
Tidak...
Engkau masih rapuh,
Serapuh-rapuhnya...
Dan semestinya...
Ku tidak mampu...
Andai Dia tidak memilih...
‘Ya Allah pilihlah aku berada dalam kalangan jundiMu’
Allahu....

Dengan secebis kekuatan,
‘Ukht, ana nak masuk dnt semula....’
Malu...
Tapi aku mahu.....
Buang sejauhnya perasaan itu,
Ku harap Engkau redha...
Ku harap ianya tarbiyah untukku makin ikhlas...
Amin...

Untuk daie dalam kefuturan,
Apa kamu bebas sekarang?
Apa kamu gembira dengan kehidupanmu?
Apa kamu bahagia bersama Rabbmu?
Jawapan pada kamu,
Ada dalam genggamanmu...

Tuhan itu tidak pernah berputus asa dengamu,
Mana mungkin kamu layak berputus asa sama Tuhan,
Ikat semula hubunganmu denganNya,
Cari semula petunjuk bersamaNya,
Sulam semula cinta bersamaNya,
Dan kamu tidak akan menjumpai.....
Apa alasanku untuk tidak bersama mereka?
Kerna kamu hambaNya yang mengerti...

Terus mencari jawapan...
Bersama Dia,
Bersama kalamNya...

Pssssssstttt,
Berlari ke usrah sebentar,
Mata bling bling,
Hati gembira,
Lidah mengungkapkan....
Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah...
Thabatkanku hingga akhir hayatku...

Amin....

Wednesday, March 18, 2015

::Cakoi::

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al-Israa’ : 24)

Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam…..

Ya Allah,
Engkau limpahkanlah rahmatMu,
Engkau limpahkanlah maghfirahMu,
Engkau limpahkanlah kasih sayangMu,
Buat ibu dan ayahku tercinta.

Ya Rabbi,
Izinkan diri ini,
Menjadi asbab untuk mereka masuk ke syurgaMu,
Biar penuh dosa dan noda,
Ku mohon Ya Rabb,
Engkau hitung tiap amal dan kebajikanku,
Menjadi bekal dan hadiah pahala untuk mereka…
Izinkanlah Ya Rahman
**********************************************************
Ada ketikanya,
Kita berlainan pandangan,
Kita tersangkut dalam 2 pilihan,
Kehendak keluarga,
Kehendak tarbiyah,
Allahu…
Sangat sukar melalui detik ini…

Duhai daie,
Letakkan keutamaan tarbiyah di hadapanmu,
Letakkan kepentingan syuro dalam apa jua tindakan,
Jangan dilupa,
Istikharah pada tiap ketika,
Dan akhirnya….
Kamu akan menemukan 1 jawapan….

Jawapan yang miliki risiko,
Memiliki pelbagai kemungkinan yang tidak diketahui,
Mungkin akan memakan diri sendiri,
Mungkin akan mengguriskan banyak hati,
Dan mungkin,
Mengguriskan hati sendiri,
Namun kamu harus yakin,
Kelebihan syuro,
Keutamaan istikharah,
Pasti dihitung pahala…

Ku teringat satu ketika,
Keputusan yang memakan diri,
Keputusan yang merobek hati,
Keputusan yang menitiskan tangisan saban hari,
Sakitnya sungguh tak terperi,
Dan kamu tahu?
Ia mematangkan diri ini.
Thummal hamdulillah

Di saat kedinginan antara aku dan mereka,
Tiada lagi senda gurau saban hari,
Tiada lagi khabar berita antara aku dan mereka,
Ah!
Sungguh memeritkan…

Ku menangis sepuasnya,
Pada tiap sujud dan doa,
Ku menangis sepuasnya,
Tika berteleku di tikar sejadah,
Ku menangis semahunya,
Saat kaki melangkah membersihkan diri,
Terus dan terus,
Ku menangis semahunya….

Hingga satu ketika,
Allah mengizinkan untuk kita bertemu,
Dan akhirnya kata-kata maaf,
Serta deraian air mata memenuhi ruang kereta,
Alhamdulillah,
Hati mulai tenang,
Tiada lagi sengketa…

Sebelum berpamitan,
‘Kak long, ambil makanan ni. Ada pau’
‘Terima kasih’
J

Ketika perut enak mendendangkan lagu,
Lalu ku buka bungkusan plastik itu…
Bekal yang ku kira ‘pau tanjung’
Allahu…
Hati hiba seketika,
Apa yang kulihat….
‘Cakoi’
Makanan kegemaranku,
Mereka tidak pernah melupakanku,
Saban waktu dan ketika,
Sebak,
Menangis saat membuka bungkusan itu,
Serasa bersalah sekali…
Allahu Allah

Sungguh!
Aku takut menjadi anak derhaka,
Sungguh!
Aku takut membelakangkan mereka,
Sungguh!
Amal yang ku lakukan sekarang untuk mereka kelak,
Sungguh!
Mereka belum lagi mengerti semua ini,
Sungguh!
Apa harus kamu lakukan?

Akhwat fillah,
Kamu sedar taklifan kalian sebagai seorang duat,
Sentiasa menarik jiwa-jiwa kosong kepadaNya,
Sentiasa membelai tin-tin kosong hampir padaNya,
Hingga kamu terlupa satu perkara,
Hak kamu sebagai seorang ANAK…

Biarlah lelah seketika di dunia ini,
Demi tuntutan hak sebagai seorang abid,
Demi tuntutan hak sebagai seorang khalifah,
Demi tuntutan hak sebagai seorang anak,
Demi tuntutan hak sebagai seorang pelajar,
Dan kelak,
Sebagai seorang isteri….

Apa yang pasti,
Ikhlaskan diri keranaNya,
Matlamatmu hanya redhaNya,
Maka kamu akan kembali pulih,
Maka kamu akan kembali kuat…

Jangan pernah membelakangkan mereka,
Jaga makan, sihat dan sakit mereka,
Berikanlah mereka segaris senyuman,
Ya,
Ku tahu kamu lelah untuk semua itu,
Tapi apa daya kamu?
Bukan kerana,
Dirimu orang dakwah, mereka orang biasa,
Dirimu penyambung risalah, mereka pembantut dakwah,
Justeru,
Kamu lahir dari rahim siapa?
Siapa yang membesarkan kamu hingga ke saat ini?
Siapa yang menjaga saat kamu kesakitan?

Bertaubatlah kamu wahai duat,
Gusarlah hatimu wahai duat,
Takut-takut tiada keredhaan Dia tanpa keredhaan mereka,
Sucikan semula langkah kalian,
Bukan hanya dosa kamu pada Dia,
Malah,
Dosa kamu kepada mereka,
Mohon maaf sentiasa pada mereka,
Moga Allah redha ke atas dirimu…

Dan,



Melayakkan dirimu untuk terus thabat,
Hingga ke akhirnya…..

Allahumma amin.

Kak long sayangkan ibu ayah,
Doakan kak long selalu,
Menjadi muslim dan musleh selamanya…

Amin

Thursday, February 26, 2015

::Semalam::

Bismillah,
Wahai jiwa yang mencari ketenangan,
Tenanglah dirimu bersama Rabbmu,
Tenanglah dirimu menyebut kalamNya,
Tenanglah wahai diri,
Tenanglah wahai diri,
Tenanglah wahai diri.

Ruh      : Aku laparlah jas!
Jasad   : Kau biar betul?!
: Tuan kita tiap-tiap hari baca Al-Quran
: Tiap-tiap hari qiamulail
: Solat fardhu tak pernah tinggal
: Takkan kau tak kenyang-kenyang lagi?
: Aku dah naik semput -.-
Ruh      : Ye…. Aku nampak… Tapi… Tsk Tsk Tsk
Jasad   : La… Kau kenapa tetiba menangis?
Ruh      : Aku rasa tuan aku ni lupakan akulah…..
Jasad   : O.o
: Seriuslah sis?!
Ruh      : Aku nampak tuan kita tunggang terbalik beribadah
: Tapi aku tak rasa pun dia tunduk
: Hanya patuh dan sekadar patuh
: Aku sedihlah….
: Tak pernah kenyang setiap kali dia beramal

Allahu…
Kamu bilang sudah cukup dalam beramal,
Rasa selesa dengan prestasi amalmu tika ini,
Seronok bersama cintaNya,
Gembira dengan persembahan amalmu kepadaNya,
Tapi….
Bagaimana kualiti amalmu?
Amal yang kamu canang sudah cukup banyak itu.
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

Hingga satu saat,
Allah ketuk dengan ujian,
Allah cubit hatimu dengan mehnah,
Kamu masih lagi boleh tersenyum,
Rasa tiada apa-apa,
Rasa kamu masih lagi hidup denganNya,
Tapi jiwamu kosong!
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

Lalu…
Allah lemparkan lagi ujian,
Allah cubit lagi mehnah,
Hingga kamu rasa sesak,
Senak!
Perlukan bantuan,
Tapi kamu tidak tahu bagaimana,
Pecah deraian air mata,
Terkulai di pembaringan,
Ungkapkan semula istighfar,
Tapi kali ini berbeza,
Ungkapan istighfar beserta ruh,
Menjiwai tiap bait kalimah istighfar,
Makin parah tangisan itu,
Biarkan ia mengalir,
Biarkan,
Biarkan,
Andai benar dari jiwa.

Kamu tahu kamu perlukan Dia?
Kamu sedar kamu bergantung pada Dia?
Kamu beramal,
Lebat…..
Banyak….
Tapi kurang dari satu aspek,
Tuntutan ruh,
Ruh juga punya makanan,
Bagaimana caranya?
MENJIWAI AMAL….

Beramallah sebanyak mana,
Menangislah sebanyak mana,
Tapi andai tidak menjiwai,
Sia-sia sahaja,
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

IKAT hubungan bersama Dia,
Hadirkan HATI dalam setiap ketika,
Jangan pernah rasa penat dan lelah,
Kerna takut,
Tiada satu amal yang diterima,
Nauzubillah…

Allah yuftah alaikum!
Mari menJIWAi amal!