Thursday, February 26, 2015

::Semalam::

Bismillah,
Wahai jiwa yang mencari ketenangan,
Tenanglah dirimu bersama Rabbmu,
Tenanglah dirimu menyebut kalamNya,
Tenanglah wahai diri,
Tenanglah wahai diri,
Tenanglah wahai diri.

Ruh      : Aku laparlah jas!
Jasad   : Kau biar betul?!
: Tuan kita tiap-tiap hari baca Al-Quran
: Tiap-tiap hari qiamulail
: Solat fardhu tak pernah tinggal
: Takkan kau tak kenyang-kenyang lagi?
: Aku dah naik semput -.-
Ruh      : Ye…. Aku nampak… Tapi… Tsk Tsk Tsk
Jasad   : La… Kau kenapa tetiba menangis?
Ruh      : Aku rasa tuan aku ni lupakan akulah…..
Jasad   : O.o
: Seriuslah sis?!
Ruh      : Aku nampak tuan kita tunggang terbalik beribadah
: Tapi aku tak rasa pun dia tunduk
: Hanya patuh dan sekadar patuh
: Aku sedihlah….
: Tak pernah kenyang setiap kali dia beramal

Allahu…
Kamu bilang sudah cukup dalam beramal,
Rasa selesa dengan prestasi amalmu tika ini,
Seronok bersama cintaNya,
Gembira dengan persembahan amalmu kepadaNya,
Tapi….
Bagaimana kualiti amalmu?
Amal yang kamu canang sudah cukup banyak itu.
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

Hingga satu saat,
Allah ketuk dengan ujian,
Allah cubit hatimu dengan mehnah,
Kamu masih lagi boleh tersenyum,
Rasa tiada apa-apa,
Rasa kamu masih lagi hidup denganNya,
Tapi jiwamu kosong!
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

Lalu…
Allah lemparkan lagi ujian,
Allah cubit lagi mehnah,
Hingga kamu rasa sesak,
Senak!
Perlukan bantuan,
Tapi kamu tidak tahu bagaimana,
Pecah deraian air mata,
Terkulai di pembaringan,
Ungkapkan semula istighfar,
Tapi kali ini berbeza,
Ungkapan istighfar beserta ruh,
Menjiwai tiap bait kalimah istighfar,
Makin parah tangisan itu,
Biarkan ia mengalir,
Biarkan,
Biarkan,
Andai benar dari jiwa.

Kamu tahu kamu perlukan Dia?
Kamu sedar kamu bergantung pada Dia?
Kamu beramal,
Lebat…..
Banyak….
Tapi kurang dari satu aspek,
Tuntutan ruh,
Ruh juga punya makanan,
Bagaimana caranya?
MENJIWAI AMAL….

Beramallah sebanyak mana,
Menangislah sebanyak mana,
Tapi andai tidak menjiwai,
Sia-sia sahaja,
Berhentilah kamu dengan lakonanmu.

IKAT hubungan bersama Dia,
Hadirkan HATI dalam setiap ketika,
Jangan pernah rasa penat dan lelah,
Kerna takut,
Tiada satu amal yang diterima,
Nauzubillah…

Allah yuftah alaikum!
Mari menJIWAi amal!