Tuesday, October 23, 2012

::Buatmu Ahlu Uhud::


Teet, Teet, Teet
Satu pesanan ringkas dari telefon bimbit anda…
“Tahniah, kerana anda telah terpilih untuk memakai jaket DAKWAH!”
Apakah reaksi antum tika ini?
Gembira?
Takut?
Runsing?
Ingin delete sahaja mesej ini?

Apa pun perasaan ukhti tika ini,
Ana ingin mengucapkan,
Syabas ukhti!
Barikillahu fik!
J

Saat Allah menetapkan kita berada dalam satu barisan,
Satu gerabak yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.,
Satu jaket yang sama dengan Baginda s.a.w.,
Saat itulah kita mengorbankan diri,
Merelakan diri,
Untuk dicaci!
Untuk dicemuh!
Untuk ditentang!
Oleh mereka-mereka di luat sana!
Seperti mana saat Rasulullah s.a.w. menghadapinya…

Senyumlah kalian!
Dengan hati yang sentiasa mengucapkan syukur pada-Nya,
Kerna kita mengikuti jejak langkah perjuangan baginda s.a.w….

Ahlu Uhud sekalian!
Antum kekuatanku untuk meneruskan perjuangan ini,
Untuk ku terus garap amanah suci ini,
Untuk kita berjalan dan berlari seiringan,
Bersama berpimpinan tangan dengan penuh erat!
Bersama mengobarkan jihad dengan penuh ketaqwaan!
Bersama mengorak langkah dengan penuh keyakinan!
Sungguh!
Kalian anugerah terindah buat diri ini…

Ahlu Uhud sekalian!
Saat ‘mereka’ menyuruh untuk ku melihat kalian sebagai musuh,
Luluh hati ini tatkala mendengarkan,
Sebak jiwa ini untuk ku lakukan,
Air mata yang mengalir dari tubir mata membuktikan,
Bahawa diri ini amat menyayangi kalian,
Bahawa diri ini inginkan,
Kalian tetap bersama denganku dalam gerabak ini,
Tidak sanggup untuk ku fikirkan siapa lagi tapisan Allah,
Siapa lagi yang akan membuang jaket dakwah dari jasad kalian,
Allahu Rabbi,
Peliharalah barisan kami ini,
Thabatkan kami dalam jalan ini,
Hingga detik nafas terakhir kami….

Ahlu Uhud sekalian!
Ku amat menyayangi kalian!
Ku amat menyintai kalian!
Bukan kerna paras rupa yang ada pada kalian,
Bukan kerna harta kekayaan yang ada pada kalian,
Namun kerna kecintaanku pada Allah!
Ku kan terus menyayangi kalian dengan segenap jiwa ragaku…

Ahlu Uhud sekalian!
Ayuh bersama sayang!
Berlapang dada dalam setiap teguran,
Menyentuh jiwa-jiwa yang dalam keasyikan,
Jangan pernah kalian terfikir untuk menjadi daie yang terbuang!
Jangan benarkan diri kalian menanggalkan jaket dakwah itu!
Jangan biarkan kalian meninggalkan saudara kalian di belakang!
Jangan kalian berlari keseorangan di hadapan!
Mahupun membenarkan diri kalian untuk berada di barisan terakhir!
Jangan benarkan ianya terjadi,
Kerna diri ini tidak lagi mahu menangis,
Tatkala dikhabarkan berita perit itu…

Ayuh Ahlu Uhud!
Bersama mengatur langkah!
Mencipta sejarah!
Seperti hebatnya perjuangan Al-Fateh!
Ku ingin menjadi seperti beliau!
Yang membenarkan hadis baginda s.a.w.,
“Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera”
Tiada apa yang mustahil,
Dengan kekuasaan ALLAH RABBUL IZZATI,
Perkenanlah permintaan ini Ya Allah….
Amin Ya Rabbal A’lamin….

Salam sayang buat kalian ahlu uhud,
Dari ukhti Nur Syahirah Morshid…
J