Wednesday, February 27, 2013

::Teman::


Teman,
Tidak mampu untuk ku sembunyikan perasaan ini,
Perasaan yang teramat rindu,
Perasaan yang teramat cinta,
Akan ukhwah ini….

Teman,
Engkau berpura-pura bukan?
Berpura bahagia di depanku,
Berpura gembira di hadapanku…

Sedangkan,
Hatimu sarat dengan kekeliruan,
Hatimu sarat dengan kecelaruan,
Hatimu sarat dengan pencarian…

Pencarian..?
Ya!
Pencarian mencari satu kebenaran,
Pencarian mencari satu tujuan,
Pencarian mencari ketenangan,
Ketenangan yang abadi….

Usah sembunyikan kegelisahanmu,
Melarikan dirimu,
Dengan berseronok bersama duniamu,
Hingga alpa tempat pengakhiranmu,
Syurga yang menantimu,
Mahupun neraka yang akan menelanmu….
Allah, Allah, Allah…

Teman,
Ku bukan sebaik-baik insan,
Untuk menegurmu teman,
Namun,
Ku hanya memberikanmu sentuhan,
Ku hanya memberikanmu pilihan,
Syurga sebagai idaman,
Mahupun,
Neraka sebagai penginapan….

Ayuh teman!
Beramallah!
Beramallah!
Beramallah!
Dengan pilihan yang dibuat….

Moga Allah tuntuni langkah kalian,
Rahmati hidup kalian,
Redhai perjalanan kalian,
Di dunia dan juga di akhirat….

“ Hai orang-orang beriman! Masuklah kalian ke dalam ISLAM SECARA KESELURUHANNYA dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesunggungnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “
(Al-Baqarah : 208)

Uhibbukum fillah wahai teman…
Ku hanya memberikan pilihan….
Selebihnya ada pada tangan kalian….
Salam rindu dan sayang buatmu teman….

Tuesday, February 26, 2013

::Saya::



Dengan nama-Mu Ya Allah,
Ku terus menulis,
Untuk ku luahkan segala rasa hati,
Yang terkadang tidak terluah tatkala ku berdoa,
Ku mengharap redha-Mu Ya Allah,
Tuhan sekalian makhluk….

‘Saya’
Hebat dalam berbicara,
Hebat dalam pertuturan,
Hebat menarik para mad’u,
Hebat membuat program,
Hebat memberi idea,
‘Saya’,
Memang hebat dari pelbagai aspek…
(ditambah pula cantik + comel)

‘Saya’
Pantang ada insan berlari di hadapan,
Pantang melihat ada insan memotong dari belah kanan,
Pasti berusaha memotong mereka-mereka,
Malah!
Gembira melihat mereka-mereka berada di belakang,
Terus-terusan ditinggalkan keseorangan,
‘Saya’,
Hanya berada dengan mereka-mereka yang hebat,
‘Saya’ ‘Saya’ ‘Awak’ ‘Awak’….

‘Saya’
Akan lemah jika mereka tidak mahu mendengar kata ‘saya’,
Akan marah bila ada orang membantah kata-kata ‘saya’,
Akan bangkang kalau ada orang yang menegur ‘saya’,
Akan pangkah kalau ada orang tidak mahu mengambil idea ‘saya’
Senang cerita, ‘saya’ nie nak semua atas kekuasaan ‘saya’
Bahasa budak asrama gila kuasa….

‘Saya’
Hati sudah mula keras menerima teguran,
Sudah merasakan lagi hebat dari para syuyukh,
Sudah merasakan segala tindakan betul,
Sudah membelakangkan naqibah, masulah, akhwat, adik2 terchinta,
Huh!
Itulah ‘saya’….

Tapi sedarkah ‘saya’,
Bahawa mereka-mereka di sana,
Menangis kerana ‘saya’,
Pening kerana ‘saya’,
Serabut kerana ‘saya’...

Mereka-mereka juga,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar diberikan kekuatan,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar dilembutkan hati,
Sedang mendoakan ‘saya’ agar terus thabat,
Sedang mendoakan ‘saya’ berlari seiringan dengan para akhwat,
Sedang mendoakan ‘saya’ itu dan ini…

Mereka-mereka itu,
Sangat menyayangi ‘saya’,
Sangat menyintai ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka meraikan ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka menegur ‘saya’,
Kerana itu mereka-mereka sanggup meredah lautan api,
Untuk menyelamatkan ‘saya’,
Tidak sedarkan ‘saya’ akan semua itu?!

‘Saya’ ‘saya’ ‘saya’,
Turunkan ego,
Luruskan niat,
Lembutkan hati,
Berdoalah, Berdoalah, Berdoalah….
Agar Allah memperbaiki akhlak ‘saya’...

‘Saya’,
Mereka-mereka tahu,
Bahawa ‘saya’ pun menyayangi mereka-mereka,
Tapi,
Cukuplah ‘saya’,
Melukai hati mereka-mereka,
Dengan sikap ‘saya’ ini….

Monday, February 11, 2013

::Kapal itu::


Bismillah….
Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui,
Tatkala aku sedang menulis coretan ini,
Imanku sedang melemah,
Hatiku berbolak balik,
Air mata menitis….

Ya Allah,
HambaMu yang kerdil ini sedang lemah,
Teramat tenat….
Allahu Allah….
Perit rasa hati ini…

Ukhti,
Kapal itu yang dulunya gah berlayar,
Kapal itu yang dulunya  menampung beban muatan,
Kini sedang dilanda ribut,
Kini sedang dilanda taufan,
Kini sedang melalui saat-saat yang getir,
Ngeri sungguh ku lihat suasana itu….

Ukhti,
Ku lihat kapal itu hampir karam,
Kapal itu seperti ingin membuang segala beban muatan,
Kapal itu sudah tidak berdaya,
Kapal itu seperti tiada kekuatan,
Untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi….

Ukhti,
Kapal itu sedang membuat pilihan,
Untuk terus karam selama-lamanya,
Atau berusaha untuk bangkit dari ombak badai yang menerjah….

Ukhti,
Kapal itu adalah diriku sekarang,
Tatkala kata-kata kalian dirasa amat perit,
Tatkala perbuatan kalian membuatkanku membenci,
Terasa tiada lagi kekuatan yang mengalir dari kalian,
Maafkan diri ini….
Ku sudah lelah dengan kalian….

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Ku lihat mutarabbi-mutarabbi ku membesar dalam jalan ini,
Cukup membuatkan diri ini tersenyum,
Cukup membuatkan diri ini menangis gembira,
Mereka menjadi penguat diriku ini….

Wahai Allah,
Yang memegang hati diri ini,
Kuatkan hati ini untuk terus thabat dalam perjuangan,
Kuatkan hati untuk terus berjuang,
Kuatkan hati untuk menyambung perjuangan Baginda,
Kuatkan hati untuk menjadi abid dan khalifah terbaik di sisiMu,
Ya Allah,
Perkenankanlah permintaanku ini,
Dari hamba yang penuh dengan dosa ini….
Faghfirli Ya Rabb…. 

Sunday, February 3, 2013

::Pinjaman Allah::


Bismillah….
Dengan namaMu Ya Allah,
Dengan izinMu Ya Allah,
Dengan kekuasaanMu Ya Allah,
Ku nukilkan di sini….

Saat perut sedang berkeroncong,
Saat hati sedang bergembira,
Untuk melangkah berbulatan gembira,
Kaki ini duduk sebentar mengisi perut,
Tersenyum, Tertawa…..
Ku rasa bahagia…..
(perasaan yang dialami untuk insan yang merindui usrah)
J

Telefon bimbit berbunyi,
Ku lihat tertera nama bonda tersayang….
Ku tersenyum kembali,
Terasa rindu untuk bergurau dengannya….
J

Tatkala kata menyulam kegembiraan,
Hati dipagut kesedihan,
Khabar ayahanda dalam kesakitan,
Air mata deras menjalankan tugas,
Membuktikan hati yang tidak keruan…

Dirimu harus kuat!
Kerna engkau sudah berjanji,
Untuk engkau mengutamakan dakwah dan tarbiyyah!
Kerna engkau sudah berjanji,
Untuk menyerahkan jiwa, raga dan hartamu untuk Allah!
Kerna engkau sudah berjanji,
Walau apa pun berlaku Allah adalah yang pertama!
Ingat kata-kata janjimu wahai diri!

Diri terkenang sebentar,
Saat pak cik Al-Banna menerima khabaran,
Bahawa anakanda tersayang diambil semula kepada yang berhak,
Beliau tenang,
Malah masih meneruskan ucapan beliau….

Diri tertunduk sebentar,
Betapa jauh dirimu dengan beliau,
Engkau kata engkau seorang pejuang!
Tapi lemah tatkala diuji!
Huh!
Pejuang apakah dirimu itu?!

Allah, Allah, Allah….
Jangan jadikan diri ini golongan tertapis,
Thabatkan diri ini dalam jalan perjuangan agamaMu….

Benar!
Ketenangan itu mulai menyimbah dalam diri,
Untuk terus bergantung harap padaMu,
Untuk terus mendekatkan diri padaMu…
Allahu Allah

Ya Allah,
Terima kasih kerna sudi,
Meminjamkan ayahanda dan bonda tercinta,
Meminjamkan kasih-sayang mereka,
Meminjamkan kekuatan dari mereka,
Alhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah…

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
(55:21)