Tuesday, February 25, 2014

::Kepercayaan::

Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah…

Allahu Rabbi,
Moga apa yang bakal dinukilkan,
Menjadi bukti kecintaan,
Dan juga kekuatan,
Di saat diri ini dalam kelayuan…
Amin Ya Rabb

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Bina sebuah kepercayaan,
Terapkan kuasa kepercayaan…
Bismillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Dengan sebuah kepercayaan itu,
Kita mampu menakluk dunia,
Kita mampu menguasai dunia,
Kita mampu mencapai ustaziyatul alam..
Biiznillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Percaya sama diri,
Percaya sama mereka,
Percaya sama Dia,
Pasti dan pasti,
Tercapai ketenangan hakiki…

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Kepercayaan itu perlu dipupuk,
Kepercayaan itu perlu dibina,
Kepercayaan itu perlu dipelajari,
Maka,
Lahirlah konsep amal jamaie,
Lahirlah binaan-binaan yang sangat utuh,
Lahirkan para jundi yang hakiki,
Lahirlah kekuatan rabithah di antara kita,
Di situlah!
Allah menilai kita,
Untuk diberikan kemenangan,
Hidup mulia,
Atau
Mati syahid…
Amin Ya Rabb…

Tiada lagi keraguan,
Yang ada hanyalah kethiqqahan,
In Sha Allah
Mohon doanya

<3

Monday, February 17, 2014

::Hati::

Bismillah,
Thummalhamdulillah,
A’la kulli ni’mah,
Alhamdulillah

Bila <3  mula berbicara,
Ingin melontarkan segala rasa,
Suka, duka, tawa dan segalanya,
Oh <3
Kamu ini sifatnya gi mana???

Sudah Allah lakarkan,
Dalam mutiara cinta dariNya,
Hati itu berbolak – balik sifatnya,
Sentiasa sahaja berubah pendiriannya,
Walau dalam sedetik cuma,
Oh <3
Sukarnya untuk dimengerti kamu ini…

Kerana <3,
Boleh rosak keikhlasan insani,
Permulaan beramal kerana Ilahi,
Tup Tup berubah kerana insani,
Oh <3
Kamu ini diragui…

Kerana <3,
Bisa rosak sebuah ukhwah,
Yang sudah terpatri indah,
Dengan penangan sangkaan mazmumah,
Oh <3
Cukup cukuplah kamu ini….!

Kerana <3,
Mungkin asbab kamu melemah,
Dalam melaksanakan segala amanah,
Abid dan juga khalifah,
Kerana <3 berpaling tadah,
Kerana <3 sentiasa bertingkah,
Dari mengingati Allah

Perbaiki amalmu,
Perbaiki niatmu,
Perbaiki langkahmu,
Perbaiki gerak kerja amal dakwahmu,
Perbaiki peribadimu,
Dengan izinNya,
<3 akan dilindung,
Oleh pemilik <3
Yang sentiasa memerhati,
Amal dan juga <3

“Ya muqallibal qulub,
Thabbit qulubana,
A’la dinik,
Wa’ala toa’tik..”

Allahumma aminnnn

<3

Wednesday, February 12, 2014

::Kalam Berbicara::

Bismillah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Engkau tuntuni setiap butir kata,
Dalam setiap nukilan kata….

Ya Allah,
Ujian ini benar-benar meragut jiwa,
Hingga saat dan ketikanya,
Terjelepuk jatuh mengurut dada,
Hujan lebat di tubir mata,
Usah dibilang usah dibicara,
Allah,
Hati ini benar-benar hiba…

Ya Allah,
Mencari, mencari dan terus mencari sebuah bekalan,
Ku mengais secebis kekuatan,
Yang dapat menguatkan,
Dalam setiap bentuk amalan,
Allah,
Diri ini benar-benar lemah…

Ya Allah,
Saat dan ketika ini,
Ku benar-benar merasai,
Engkau sedang memimpin diri ini,
Engkau sedang memapah diri ini,
Engkau sedang memandang diri ini,
Untuk meneruskan perjuangan menggapai cinta,
Cinta dan kasih Tuhannya,
Nikmat dan indahnya,
Menjadi jundi hakiki Tuhannya…

Ya Rabbi,
Diri ini benar-benar teruji,
Hingga tiada kudrat untuk melangkah,
Seakan sudah tidak bermaya,
Teramat-amat melemah,
Allahu Allah

Ya Allah,
Ku berpegang pada janjiMu,
Bahawa Engkau uji mengikut kemampuan,
Dan semestinya ku mampu lakukan,
Untuk ku lakukan terbaik,
Demi redhaMu Ya Allah,
Demi cintaMu Ya Allah,
Demi cintamu Ya Rasulullah…

Ya Allah,
Moga kesakitan di saat ini,
Menjadi bekal yang tarbaik buat diri,
Untuk dihadapkan padaMu kelak,
Menjadi asbab masuk ke syurgaMu,
Allahu Allah

Manusia itu diciptakan keluh kesah,
(70 : 19)
Namun,
Tiada asbab untuk berpatah arah,
Kerna ku imani,
Jalan ini jalan yang suci,
Jalan para rasul dan mukminin,
Teruskan ayunan langkah,
Anggap sahaja segalanya indah,
PercaturanNya sudah pasti terbaik,
Bismillah….
Teruskan melangkah….
PadaMu ku bertawakkal….