Wednesday, March 18, 2015

::Cakoi::

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al-Israa’ : 24)

Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam…..

Ya Allah,
Engkau limpahkanlah rahmatMu,
Engkau limpahkanlah maghfirahMu,
Engkau limpahkanlah kasih sayangMu,
Buat ibu dan ayahku tercinta.

Ya Rabbi,
Izinkan diri ini,
Menjadi asbab untuk mereka masuk ke syurgaMu,
Biar penuh dosa dan noda,
Ku mohon Ya Rabb,
Engkau hitung tiap amal dan kebajikanku,
Menjadi bekal dan hadiah pahala untuk mereka…
Izinkanlah Ya Rahman
**********************************************************
Ada ketikanya,
Kita berlainan pandangan,
Kita tersangkut dalam 2 pilihan,
Kehendak keluarga,
Kehendak tarbiyah,
Allahu…
Sangat sukar melalui detik ini…

Duhai daie,
Letakkan keutamaan tarbiyah di hadapanmu,
Letakkan kepentingan syuro dalam apa jua tindakan,
Jangan dilupa,
Istikharah pada tiap ketika,
Dan akhirnya….
Kamu akan menemukan 1 jawapan….

Jawapan yang miliki risiko,
Memiliki pelbagai kemungkinan yang tidak diketahui,
Mungkin akan memakan diri sendiri,
Mungkin akan mengguriskan banyak hati,
Dan mungkin,
Mengguriskan hati sendiri,
Namun kamu harus yakin,
Kelebihan syuro,
Keutamaan istikharah,
Pasti dihitung pahala…

Ku teringat satu ketika,
Keputusan yang memakan diri,
Keputusan yang merobek hati,
Keputusan yang menitiskan tangisan saban hari,
Sakitnya sungguh tak terperi,
Dan kamu tahu?
Ia mematangkan diri ini.
Thummal hamdulillah

Di saat kedinginan antara aku dan mereka,
Tiada lagi senda gurau saban hari,
Tiada lagi khabar berita antara aku dan mereka,
Ah!
Sungguh memeritkan…

Ku menangis sepuasnya,
Pada tiap sujud dan doa,
Ku menangis sepuasnya,
Tika berteleku di tikar sejadah,
Ku menangis semahunya,
Saat kaki melangkah membersihkan diri,
Terus dan terus,
Ku menangis semahunya….

Hingga satu ketika,
Allah mengizinkan untuk kita bertemu,
Dan akhirnya kata-kata maaf,
Serta deraian air mata memenuhi ruang kereta,
Alhamdulillah,
Hati mulai tenang,
Tiada lagi sengketa…

Sebelum berpamitan,
‘Kak long, ambil makanan ni. Ada pau’
‘Terima kasih’
J

Ketika perut enak mendendangkan lagu,
Lalu ku buka bungkusan plastik itu…
Bekal yang ku kira ‘pau tanjung’
Allahu…
Hati hiba seketika,
Apa yang kulihat….
‘Cakoi’
Makanan kegemaranku,
Mereka tidak pernah melupakanku,
Saban waktu dan ketika,
Sebak,
Menangis saat membuka bungkusan itu,
Serasa bersalah sekali…
Allahu Allah

Sungguh!
Aku takut menjadi anak derhaka,
Sungguh!
Aku takut membelakangkan mereka,
Sungguh!
Amal yang ku lakukan sekarang untuk mereka kelak,
Sungguh!
Mereka belum lagi mengerti semua ini,
Sungguh!
Apa harus kamu lakukan?

Akhwat fillah,
Kamu sedar taklifan kalian sebagai seorang duat,
Sentiasa menarik jiwa-jiwa kosong kepadaNya,
Sentiasa membelai tin-tin kosong hampir padaNya,
Hingga kamu terlupa satu perkara,
Hak kamu sebagai seorang ANAK…

Biarlah lelah seketika di dunia ini,
Demi tuntutan hak sebagai seorang abid,
Demi tuntutan hak sebagai seorang khalifah,
Demi tuntutan hak sebagai seorang anak,
Demi tuntutan hak sebagai seorang pelajar,
Dan kelak,
Sebagai seorang isteri….

Apa yang pasti,
Ikhlaskan diri keranaNya,
Matlamatmu hanya redhaNya,
Maka kamu akan kembali pulih,
Maka kamu akan kembali kuat…

Jangan pernah membelakangkan mereka,
Jaga makan, sihat dan sakit mereka,
Berikanlah mereka segaris senyuman,
Ya,
Ku tahu kamu lelah untuk semua itu,
Tapi apa daya kamu?
Bukan kerana,
Dirimu orang dakwah, mereka orang biasa,
Dirimu penyambung risalah, mereka pembantut dakwah,
Justeru,
Kamu lahir dari rahim siapa?
Siapa yang membesarkan kamu hingga ke saat ini?
Siapa yang menjaga saat kamu kesakitan?

Bertaubatlah kamu wahai duat,
Gusarlah hatimu wahai duat,
Takut-takut tiada keredhaan Dia tanpa keredhaan mereka,
Sucikan semula langkah kalian,
Bukan hanya dosa kamu pada Dia,
Malah,
Dosa kamu kepada mereka,
Mohon maaf sentiasa pada mereka,
Moga Allah redha ke atas dirimu…

Dan,



Melayakkan dirimu untuk terus thabat,
Hingga ke akhirnya…..

Allahumma amin.

Kak long sayangkan ibu ayah,
Doakan kak long selalu,
Menjadi muslim dan musleh selamanya…

Amin