Tuesday, February 25, 2014

::Kepercayaan::

Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah…

Allahu Rabbi,
Moga apa yang bakal dinukilkan,
Menjadi bukti kecintaan,
Dan juga kekuatan,
Di saat diri ini dalam kelayuan…
Amin Ya Rabb

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Bina sebuah kepercayaan,
Terapkan kuasa kepercayaan…
Bismillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Dengan sebuah kepercayaan itu,
Kita mampu menakluk dunia,
Kita mampu menguasai dunia,
Kita mampu mencapai ustaziyatul alam..
Biiznillah

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Percaya sama diri,
Percaya sama mereka,
Percaya sama Dia,
Pasti dan pasti,
Tercapai ketenangan hakiki…

Duhai diri,
Pesan sama hati,
Hayati dengan hati,
Fikir dengan aqli,
Kepercayaan itu perlu dipupuk,
Kepercayaan itu perlu dibina,
Kepercayaan itu perlu dipelajari,
Maka,
Lahirlah konsep amal jamaie,
Lahirlah binaan-binaan yang sangat utuh,
Lahirkan para jundi yang hakiki,
Lahirlah kekuatan rabithah di antara kita,
Di situlah!
Allah menilai kita,
Untuk diberikan kemenangan,
Hidup mulia,
Atau
Mati syahid…
Amin Ya Rabb…

Tiada lagi keraguan,
Yang ada hanyalah kethiqqahan,
In Sha Allah
Mohon doanya

<3

Monday, February 17, 2014

::Hati::

Bismillah,
Thummalhamdulillah,
A’la kulli ni’mah,
Alhamdulillah

Bila <3  mula berbicara,
Ingin melontarkan segala rasa,
Suka, duka, tawa dan segalanya,
Oh <3
Kamu ini sifatnya gi mana???

Sudah Allah lakarkan,
Dalam mutiara cinta dariNya,
Hati itu berbolak – balik sifatnya,
Sentiasa sahaja berubah pendiriannya,
Walau dalam sedetik cuma,
Oh <3
Sukarnya untuk dimengerti kamu ini…

Kerana <3,
Boleh rosak keikhlasan insani,
Permulaan beramal kerana Ilahi,
Tup Tup berubah kerana insani,
Oh <3
Kamu ini diragui…

Kerana <3,
Bisa rosak sebuah ukhwah,
Yang sudah terpatri indah,
Dengan penangan sangkaan mazmumah,
Oh <3
Cukup cukuplah kamu ini….!

Kerana <3,
Mungkin asbab kamu melemah,
Dalam melaksanakan segala amanah,
Abid dan juga khalifah,
Kerana <3 berpaling tadah,
Kerana <3 sentiasa bertingkah,
Dari mengingati Allah

Perbaiki amalmu,
Perbaiki niatmu,
Perbaiki langkahmu,
Perbaiki gerak kerja amal dakwahmu,
Perbaiki peribadimu,
Dengan izinNya,
<3 akan dilindung,
Oleh pemilik <3
Yang sentiasa memerhati,
Amal dan juga <3

“Ya muqallibal qulub,
Thabbit qulubana,
A’la dinik,
Wa’ala toa’tik..”

Allahumma aminnnn

<3

Wednesday, February 12, 2014

::Kalam Berbicara::

Bismillah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Engkau tuntuni setiap butir kata,
Dalam setiap nukilan kata….

Ya Allah,
Ujian ini benar-benar meragut jiwa,
Hingga saat dan ketikanya,
Terjelepuk jatuh mengurut dada,
Hujan lebat di tubir mata,
Usah dibilang usah dibicara,
Allah,
Hati ini benar-benar hiba…

Ya Allah,
Mencari, mencari dan terus mencari sebuah bekalan,
Ku mengais secebis kekuatan,
Yang dapat menguatkan,
Dalam setiap bentuk amalan,
Allah,
Diri ini benar-benar lemah…

Ya Allah,
Saat dan ketika ini,
Ku benar-benar merasai,
Engkau sedang memimpin diri ini,
Engkau sedang memapah diri ini,
Engkau sedang memandang diri ini,
Untuk meneruskan perjuangan menggapai cinta,
Cinta dan kasih Tuhannya,
Nikmat dan indahnya,
Menjadi jundi hakiki Tuhannya…

Ya Rabbi,
Diri ini benar-benar teruji,
Hingga tiada kudrat untuk melangkah,
Seakan sudah tidak bermaya,
Teramat-amat melemah,
Allahu Allah

Ya Allah,
Ku berpegang pada janjiMu,
Bahawa Engkau uji mengikut kemampuan,
Dan semestinya ku mampu lakukan,
Untuk ku lakukan terbaik,
Demi redhaMu Ya Allah,
Demi cintaMu Ya Allah,
Demi cintamu Ya Rasulullah…

Ya Allah,
Moga kesakitan di saat ini,
Menjadi bekal yang tarbaik buat diri,
Untuk dihadapkan padaMu kelak,
Menjadi asbab masuk ke syurgaMu,
Allahu Allah

Manusia itu diciptakan keluh kesah,
(70 : 19)
Namun,
Tiada asbab untuk berpatah arah,
Kerna ku imani,
Jalan ini jalan yang suci,
Jalan para rasul dan mukminin,
Teruskan ayunan langkah,
Anggap sahaja segalanya indah,
PercaturanNya sudah pasti terbaik,
Bismillah….
Teruskan melangkah….
PadaMu ku bertawakkal….

Monday, November 25, 2013

::Sayangku::

Dengan namaMu Ya Rabbi,
Ku titipkan sesuatu di sini,
Buat bekalan diri ini,
Saat kita bersua nanti.
I’Allah

“Apa yang kamu nukilkan hari ini untuk ummah?”

Allahu Allah,
Jawapanku cuma satu,
Belum ada apa lagi ku nukilkan untuk ummah!
Allah, nanges lagi…

Hati ini separuh merindu,
Teramat rindu,
Pada buah hati intan payungku,
Siapakah mereka itu?

Kalian!
Kalian yang ajari sesuatu,
Untukku sedar kesilapanku selalu,
Untukku perbetulkan tiap tingkah laku,
Redha Allah dalam setiap hala tuju…

Kalian,
Yang sentiasa berada dalam bisikan doa,
Yang berada dalam tahajud cinta,
Yang berlayar dalam ikatan rabithah,
Wajah kalian,
Mujahadah kalian,
Senyum kalian,
Tawa kalian,
Segalanya,
Ku rindui sentiasa…

Sayangku,
Rumah,
Cuti,
Bukan wadah iman melemah,
Bukan asbab sunyi dakwahnya,
Bukan keizinan futur sementara,
Bukan itu alasannya,
Tatkala,
Diri sudah menjadi saksi syahadah,
Teruskan melangkah,
Jangan mengalah…

Sayangku,
Binalah bekalmu,
Di mana bahan bacaan tarbiyahmu?
Di mana hamasah tatkala bersama akhwat?
Gi mana mutabaah amalmu?
Gi mana anak usrah kalian?
Apa khabar iman kalian?
Apa yang sedang kalian lakukan untuk ummah?
Benar ingin mengejar kesyahidan?
Apa bekalmu?
Untuk ummah?
Untuk bertemu Allah?

Sentiasa muhasabah sayangku,
Agar Allah sentiasa di hatimu,
Ruhku sentiasa merinduimu,
Bayanganmu sentiasa bermain di mindaku,
Harapanku selalu,
Terus thabat dalam setiap langkahmu,
Rasai kehadiran Allah dalam setiap nadimu,
Matlamat kita satu,
REDHA ALLAH

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amal kalian.
Sekiranya Allah redha,
Sedangkan,
Seluruh dunia berpaling darimu,
Maka itu tidak penting!
Jika Dia telah menerima amalmu,
Sedangkan seluruh makhluk menolak,
Maka ia tidak memberi kesan apa-apa pun,
Kerana itulah sepatutnya,
Hanya redha Allah semata-mata,
Yang menjadi tujuan utama,
Dalam khidmat dakwah ini…
~ As-syahid Ahmad Ammar ~

Ayuh sayangku,
Memburu kesyahidan bersama,
Demi redhaNya,
Kobarkan hamasah kalian,
Selari dengan kefahaman kalian,
Bersama berpimpinan tangan,
Mengejar tiket ke syurgaNya bersama..

Insan ini amat merindui kalian,
Harapnya nukilan ini Allah redha,
Moganya rindu ini juga Allah redha.

Amin

Monday, October 21, 2013

::Mana Mungkin::


Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar!
Wa lillahil hamd…

Ku berjalan,
Terus berjalan,
Satu demi satu langkah ku teruskan,
Dalam satu laluan,
Untuk menghala ke sebuah lautan,
Yang padanya ada kedamaian,
Yang padanya ada ketenangan,
Yang padanya ada keajaiban,
Tanda sebuah kekuasaan,
Serta kehebatan,
Milik Tuhan….

Ku menghala ke lautan,
Istighfar mohon keampunan,
Atas dosa sepanjang perjalanan,
Faghfirli Ya Rabbi…

Ku menghala ke lautan,
Tahmid tanda kesyukuran,
Atas segala ketetapan,
Yang telah Dia tetapkan,
Alhamdulillah Ya Rabbi…

Bergenang seketika,
Sebak mula menyelubungi dada,
Lemah longlai kian tiba,
Serasa sesak mehnah yang melanda…

Ku perhatikan ombak lautan,
Seraya berdoa dengan harapan,
Agar diberikan secebis kekuatan,
Untuk meneruskan sebuah perjalanan…

Ku membuka kalam cintaNya,
Mencari kekuatan dariNya,
Subhanallah,
Diri ini masih dipandangNya…

1. Yaa, siin.
2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh,
3. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
5. Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
6. Supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai.
7. Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak mahu beriman.

Mana mungkin,
Dia hadirkan sebuah ujian,
Tanpa memberikan sebuah kekuatan…

Mana mungkin,
Dia hadirkan sebuah ujian,
Tanpa memberikan jalan penyelesaian…

Mana mungkin,
Dia hadirkan sebuah ujian,
Tanpa melihat tahap kemampuan…

Mana mungkin,
Dia hadirkan sebuah ujian,
Tanpa memaut kedua-dua lengan…

Bukankah Dia teramat penyantun?
Dalam setiap perlakuan?

Terima kasih wahai Allah,
Atas segala mehnah,
Kerna di situ ada tarbiyah,
Buat diri bergelar pendosa,
Moga Allah izinkan,
Untuk memperbaiki segala gerak kerja,
Dalam tarbiyah dan juga dakwah,
InsyaAllah,
Moga Allah izinkan…

~Doa tatkala hujan~
~Moga Allah makbulkan~
<3

Thursday, October 17, 2013

::Menghargai::


“ Ku bersaksi tiada ilah melainkan Allah,
Ku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah ”
Alhamdulillah,
Allah izinkan tajdid semula syahadah,
Tatkala diri sentiasa berpaling tadah,
Meletakkan ilah selain Allah.
Alhamdulillah,
Thumma Alhamdulillah,
Thumma Alhamdulillah…

Terkadang diri alpa,
Untuk menghargai apa yang ada,
Hingga saat dan ketika,
Merasakan tidak cukup apa yang ada,
Mencari sini dan sana,
Apa yang dicari sebenarnya?
Di mana hala tuju sebenarnya?
Sampai bila pencarian itu berakhir agaknya?
Banyak soalan menerjah di minda?
Bagus!
Itulah anda!
Anda yang bergelar khalifahNya!
Sentiasa ingin menyerabutkan kepala!
Dengan perkara yang sepatutnya!
Bukan perkara sia-sia!

Kepada anda,
Marilah berusaha,
Menjadi seorang manusia,
Yang bijak dalam setiap perkara,
Apatah lagi anda!
Saya?
Ya!
Anda!
Siapa?
Insan yang tidak mampu menghargai,
Tidak menghargai apa yang ada,
HidayahNya,
NikmatNya,
RezekiNya,
MasaNya,
Banyak dan banyak lagi,
Oh! Seperkara,
TARBIYYAH
-Ini sungguh OHSEM-

Didik diri untuk menghargai,
Sebelum anda melayakkan diri,
Untuk diberhentikan Ilahi,
Dari melaksanakan amanah suci…

Didik diri untuk menghargai,
Tarbiyyah Allah yang diberi,
Kelak takut menyesal nanti,
Menangis tidak henti-henti…

Ayuh!
Berusaha mengorbankan diri,
Jangan lagi mementingkan diri,
Membuat keputusan acuan sendiri,
Bertindak mengikut emosi sendiri,
Eh!
Berapa lama dah ikut TARBIYYAH???
Sentap!
Kerna diri sudah mulai manja,
Mencari sini dan sana,
Mudah dimiliki semuanya,
Petik jari semua ada,
Pejam mata semua ada,
Bangun tidur segalanya ada,
Apa pengorbanan dilakukan untukNya???
Rasa hati disiat-siat,
Kerna sakit yang amat,
Atau iman yang makin meningkat?

Pandang ke langit sebentar,
Menanam semula benih iman,
Tarik nafas,
Istighfar sebentar,
Hembus nafas,
Dan
Senyum
J

Alhamdulillah,
Allah masih menghadirkan hati,
Allah masih melembutkan hati,
Allah memberi peluang kepada diri,
Untuk kembali ke jalan hakiki,
Untuk perbetulkan kesilapan diri,
Sebelum tertanggal jaket ini,
Jaket DAKWAH dan TARBIYYAH…
ALHAMDULILLAH

Diri ini masih bertatih,
Menjadi insan yang menghargai,
Segala apa yang dimiliki,
Akhwat,
Maafkan khilaf diri ini,
Yang terkadang mengikut kepala sendiri,
Mohon doa dari kalian,
Untuk bersama terus thabat,
Hingga detik akhir pernafasan,
Kelak kita kan bersua,
Di jannah Firdaus milikNya,
InsyaAllah,
Segalanya,
Dengan izinNya…
Uhibbukum fillah
<3