Sunday, December 26, 2010

HaKiKaT iNsAn


Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar..
Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan..
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan..
Adalah lebih suci dan utama terkorban diabaikan..
Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan..
Sehingga mencemari keimanan kugadaikan..
Sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan pengorbanan perwira dan srikandi yang setia..
Itulah bahananya cinta pada dunia..
Memusnahkan cinta hakiki Ilahi..
Memberi kekecewaan di hati sanubari..
Berapa ramai insan yang mendamba pada dunia..
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu..
Terpesona jiwanya dan terpudarlah imannya..
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian..
Oh Tuhan..
 Kurniakanlah ke hadratMu pengharapan..
Pimpinlah hambaMu ini agar tidak terpedaya lagi..

Kekadang hati merintih derita..
Jiwa menangis sedih..
Akal mengeluh letih..
Sakit otak mengenang kenangan yang perit sehingga terhapus memori yang indah..
Namun..
Hakikat hidup takkan berubah..
Masa tak akan berputar lagi..
Yang perlu diubah adalah diri kita yang menghadapinya..
Hati kita memilih jalan..
 Akal kita mengatur langkah dan iman meluruskan arah..
Moga kasih Allah sentiasa bersama kita..

Bila kau letih dan hilang semangat..
 Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
 Allah telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah setia disisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan..
Allah ada penyelesaiannya..
Bila tidak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa..
 Allah adalah jawapannya…

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Adakala kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata..
Syukurlah kiranya ada yang menyakitimu kerana dia mengajarmu erti tabah..
Syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu kerana dia mengajarmu berdikari..
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun lagi..
Syukurlah kiranya ada yang menyiksamu kerana dia mengajarmu kesabaran dan ketabahan..

Ya Allah..
Banyak sekali impianku..
Namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon padaMU..
Ya Rabb..
 Kau amat suka hambaMU yang berdoa padaMU..
Hamba akan terus memohon padaMU..
Moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan yang telah Kau takdirkan untukku..
Dan moga hamba sentiasa redha dengan suratanMU..
Walaupun ia bercanggah dari keinginanku..
Kerna Kau yang mencipta diriku..
Pasti Kau tahu YANG TERBAIK buatku…

AMIN YA RABBAL A’LAMIN…..


4 comments: