Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan Menutupi Tirainya



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…
Dengan izinNya, dah genap sebulan kan kte berpuasa..??
“Syawal membuka tirai, Ramadhan menutupi tirai”
Ape perasaan antum sekarang..??
Happy..?? Seronok..?? Ketawa..?? Bersuka-ria..??
=)

Jom kita renung sejenak,,,
Para sahabat Rasulullah s.a.w. pada waktu Ramadhan kian berakhir…
Apa yang mereka rasai…??
Apa yang mereka lakukan…??
Sedih, sayu, menangis, merintih…
            Astagfirullah,, berbeza dengan kondisi kita sekarang…

Suara benakku bersuara,,,
“Adakah aku menjadi orang yang rugi di mana Ramadhan berlalu tanpa mendapat keampunan dariNYA..?”
Ya Allah, Ramadhanku terbuang begitu sahaja ke..??
Berlalu meninggalkan diriku tanpa ada sebarang perubahan dalam diri..??
Puasa, puasa, puasa tapi keikhlasan..??
Sifar, kosong, zero…
Ini ke sifat yang ada dalam diri seorang khalifah dan abid..??
Layak ke aku menggapai syurgaNYA..??
Lantas, mampukah aku pabila dicampakkan ke dalam neraka..??

Tepuk dada, tanya iman ye sahabat-sahabat…
Kita sama-sama bermuhasabah..
Tak semestinya segala amalan yang kita lakukan diterima olehNya kan..??
Yang penting kita terus berusaha dan terus berdoa…
Moga segala amalan yang kita lakukan diterima olehNYA…
InsyaALLAH…

Di kesempatan ini,
Al-fath ingin mengucapkan minal aidil walfaizin kepada pembaca teratak ini…
Mohon maaf segala salah silap, terkasar bahasa, terguris hati, tingkah laku yang tidak menyenangkan dan sewaktu dengannya…
Moga terus istiqamah dan istimrar dalam beribadah…
InsyaALLAH…

1 comment: