Sunday, July 28, 2013

::Dakwah Bermusim::


Bismillah,
Ku bertinta keranaMu semata,
Moga menjadi pembuktian kecintaanku padaMu,
Saat perjumpaan kita kelak di sana,
Amin, Amin, Amin…

Full time kita dakwah,
Part time kita study,
Part time kita makan,
Part time kita balik kampung,
So, cuba bilang…
Berapa percent anda lakukan untuk full time dakwah?
Berapa percent anda lakukan untuk part time yang lain?
O.o
-Sentak dalam-dalam-
(Part time kita juga untuk dakwah wokeh!)

Terkadang,
Tatkala iman itu sedang meninggi,
Usrah dirasakan sangat bermakna,
Mad’u sentiasa untuk diziarahi,
Al-Quran menjadi pendamping sentiasa…

Namun,
Tatkala iman itu sedang menurun,
Seringkali ingin bersendirian,
Mencari, mencari, mencari sebuah kekuatan,
Mad’u dibiarkan sendirian,
Terkontang-kanting mencari haluan,
Sedang kita bermain dengan perasaan,
Menangis….
Menangis…
Dan terus menangis…

Sanggup kamu daie???
Bersendirian bertemankan tangisan,
Membiarkan mereka-mereka berseorangan,
Sedang mereka perlukan bantuan,
Bantuan dengan tanganmu wahai du’at!

Sanggup kamu daie???
Berputus harapan dengan mereka,
Mereka yang masih lagi tidak mampu mengerti,
Mengerti erti sebuah tanggungjawab,
Tanggungjawab sebagai seorang abid,
Tanggungjawab sebagai seorang khalifah….

Sanggup kamu daie???
Kerana iman kamu yang sedang menurun,
Tidak mahu mara laksanakan tanggungjawab kalian!
Membiarkan diri terus-terusan sepi,
Merasakan itulah aulawiyat tatkala itu,
Sedang yang lain perlukan kalian,
Kalian yang menjadikan pilihan DIA,
Untuk berada dalam barisan ini…

Dakwah itu bukan bermusim,
Musim iman kalian meninggi,
Baru ingin laksanakan dakwah…

Namun akhwat kesayangan hati,
Dakwah ini harus diteruskan,
Tatkala iman yazid mahupun yanqus,
Teruskanlah langkah kita,
Teruskanlah perjuangan kita,
Kerna kekuatan itu hanya milik Dia,
Kerna ujian itu dari Dia,
Maka selayaknya Dia sahaja yang membantu…

Moga Allah terus terusan menguatkan kita,
Berada dalam satu barisan teratur,
Mencapai ustaziatul alam,
Menyandang amanah suci ini,
InsyaAllah...

Wednesday, July 10, 2013

::Graf::


Wanita  : Comel, Comel graf ISK (Itu Sejarah Kitee) dah naiklah!!!
Comel   : Ha?? Iyeke? Betul ke? Bile?
Wanita  : Dah naik dah sekarang jatuh sikit lepas tue naik dah!!
Comel   : Ish, Janganlah main-main.. Nanti kalau jadik pengisi nak habaq ape kat mereka-mereka semua nie???
Krik, Krik
~Diam tanpa jawapan~
ZASSSS
Eh, tido rupanya tadi… Ngeh, Ngeh J



Dengan namaMu Ya Allah,
Ku mulakan penulisan…

Graf itu pasti akan naik!
Islam itu pasti menang!
Kerna itu janji DIA,
DIA yang mengatur segalanya,
Tiada keraguan untuk DIA,
Tiada kesangsian pada DIA…

Dan demi sesungguhnya! telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
(37 : 171-173)

Hati ini merintih kesakitan,
Hati ini menjerit kepiluan,
Melihat mereka bermatian-matian,
Memperjuangkan satu kebenaran,
Kebenaran yang tiada lagi keraguan,
Buat mereka yang normal mungkin,
Kerna miliki minda yang mampu berfikir,
Kerna miliki mata yang mampu melihat,
Kerna miliki hati yang mampu merasa,
Itu semuanya,
Adalah dengan keizinan DIA…

Ramadhan,
Bermula episod cinta,
Cinta seorang pejuang bersama tuannya,
Cinta seorang hamba bersama tuannya,
Sebagai pembuktian kecintaannya,
Kecintaan dari hati yang paling dalam,
Ungkapan cinta yang lahir dengan amal,
Amal membawa hati ini makin cinta,
Awesome!
Tidak sabar melakar satu episod,
Episod cinta bersama DIA,
InsyaAllah…
~Feeling loved~

Teringat mereka,
Mereka yang tengah berjuang,
Berjuang dengan senjata,
Hebat sungguh mereka,
Berpuasa + Berjihad,
Oh!
Diri ini masih lagi belum layak,
Untuk berada bersama mereka di sana,
Tapi saudaraku,
Ruhku tetap bersamamu,
Kerna matlamat kita serupa,
Cuma medan kita berbeza,
InsyaAllah,
Akanku gencarkan ayunan langkahku,
Bersama istana besar di belakangku,
Istana milik Allah,
Cinta agungku,
InsyaAllah…
(Allahummansurna a’laihim)

Salam Ramadhan Kareem,
Selamat melakar sebuah episod cinta terhebat,
Moga Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat kita,
Amin…..

Monday, July 1, 2013

::Keikhlasan Syirik::


Krik, Krik, Krik
Ong gedek gedek, Ong gedek gedek
Embek, Embek, Embek
Booooo, Boooo, Boooo
(Bunyi haiwan yang mungkin saja sedang khusyuk bertafakur / berzikir padaNya)



Bismillah,
Dengan namaMu Ya Allah,
Ku mulakan bertinta…

Hati ini sering meronta,
Agar ditetapkan hati setiap ketika,
Berada sentiasa bersamaNya,
Juga bersama cintaNya…

Duhai daie pilihan Ilahi,
Di mana keikhlasanmu dalam diri?
Kononnya jundullah sejati,
Sanggup korbankan harta dan juga diri,
Namun hatimu goyah sana dan sini…

Jangan mengatakan dirimu ikhlas,
Andai mengatakan andalah yang hebat,
Andai mengatakan andalah yang terbaik,
Andai mengungkit setiap taklifan,
Andai merungut setiap ketentuan…

Jangan mengatakan dirimu ikhlas,
Andai masih lagi memandang harta,
Andai masih lagi mengharapkan pujian,
Andai masih lagi  menginginkan pangkat…

Ketahuilah wahai diri,
Ketahuilah wahai daie,
Itulah…
Itulah…
Itulah…
Keikhlasan yang syirik….

 Ya,
Keikhlasan yang syirik…
Kerna,
Meletakkan ilah selain DIA,
Kerna,
Meletakkan pengharapan selain DIA,
Kerna,
Melaksanakan sesuatu bukan kerana DIA…

Didik dirimu,
Lembutkan hatimu,
Perbetulkan dirimu,
Relakan dirimu,
Sediakan dirimu,
Untuk ditarbiyyah oleh Allah…

Teguran itu,
Teguran ini,
Teguran itu dan ini,
Teguran ini dan itu,
Semuanya adalah dari DIA,
Semuanya tarbiyyah dari DIA…

Baru atau lama kalian berada dalam barisan ini,
Hebat atau tidak kalian berhujah,
Tidak kan menjamin,
Thabat atau futur kalian dari gerabak ini,
Kerna,
KITA adalah pilihan DIA,
Maka,
Terus berdoa,
Tetap berdoa,
Agar terus thabat di jalan ini…

Diri ini masih bertatih,
Untuk mencapai keikhlasan yang hakiki,
Bukan lagi,
Keikhlasan yang syirik…
InsyaAllah,
Moga Allah izinkan…
Amin