Sunday, November 7, 2010

JaDiLaH pEnYeBaB hIdAyAh BuKaN pEnYeBaR DhAlAlAh...

"Walaupun hanya seorang manusia berjaya diajak melakukan kebaikan adalah lebih baik daripada memiliki harta yang paling bernilai di dunia!"

Islam mengajar umatnya bukan sekadar berseorangan menjadi insan yang bertaqwa dan mulia malah umat Islam disuruh untuk menyebarkan ketaqwaan seluas mungkin...


uSaHa PeNdAkWaH
Al-Quran dan Sunnah menyuruh umat Islam menjadi manusia beriman yang memperbaiki dirinya di samping menjadi agen penyebar dakwah untuk memperbaiki manusia lain di sekelilingnya. Justeru, Islam tersebar luas sejak permulaan dakwah hingga kini berasaskan keimanan pengikutnya bahawa ALLAH membalas usaha mengajak orang lain untuk beriman bersama.

Imam Al-Nawawi dalam Riyad al-Salihin mencatatkan satu bab khusus tentang kelebihan mengajak orang lain melakukan kebaikan atau dalam erti kata lain - berdakwah. Bab tersebut dimulai dengan ayat 87 Surah Al-Qasas: "Dan serulah kepada Tuhanmu", ayat 125 Surah Al-Nahl: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik", ayat 2 Surah Al-Ma'idah: "Dan bertolong-tolonganlah di atas kebaikan dan ketaqwaan" dan ayat 84 Surah Ali 'Imran: "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan."

Kesemua ayat ini amat bermakna bagi seorang mukmin yang bukan sekadar inginkan kebaikan untuk dirinya, malah berkongsinya dengan seramai mungkin manusia lain. Bukanlah Islam itu membawa rahmat keseluruh alam? 

Seterusnya Imam Al-Nawawi menyebut 4 hadis untuk menguatkan makna yang ada dalam ayat-ayat Al-Quran tadi. Hadis pertama, diriwayatkan oleh Imam Muslim menjelaskan siapa yang menunjukkan kebaikan kepada orang lain, pasti akan mendapat ganjaran seperti orang yang melakukan perkara itu. Nabi S.A.W. menggambarkan kepada kita dengan jelas kedudukan orang membantu orang lain melakukan kebaikan. Perkataan "khoir" yang bersifat "umum" di dalam hadis ini jelas menunjukkan begitu banyak perkara baik dalam agama kita samada berkaitan ibadah, ilmu, kebajikan dan lain-lain lagi. Jangan biarkan kita sahaja yang melakukannya tetapi ajaklah juga saudara kita yang lain agar turut sama menambahkan kebaikan.

Hadis kedua (diriwayatkan oleh Imam Muslim) juga memberikan maksud yang hampir sama dengan hadis pertama. Namun terdapat maklumat yang lebih terperinci diberikan. Hadis ini menceritakan bahawa sesiapa mengajak orang lain melakukan kebaikan atau kejahatan, maka ganjaran pahala atau dosa diperolehi juga oleh dirinya tanpa dikurangkan pahala atau dosa orang yang mengikutinya melakukan perkara itu. Nabi S.A.W. memberikan peringatan melalui perbandingan antara orang yang mengajak orang melakukan ketaatan dengan orang yang menyeru orang lain mengerjakan kemaksiatan. Kedua-duanya mengajak, kedua-duanya berusaha menyeru orang lain, kedua-duanya mendapat "habuan" tetapi bezanya sejauh langit dan bumi! Beruntunglah mereka yang berjaya memilih antara dua dakwah iaitu berdakwah untuk kebaikan atau "berdakwah" untuk kejahatan.

Hadis ketiga (diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim ) pula adalah sebuah kisah yang berlaku ketika Nabi S.A.W. ingin menyerahkan panji pimpinan peperangan Khaibar kepada salah seorang sahabat yang utama iaitu Saidina Ali Abu Talib r.a.

Apa yang menarik, nabi S.A.W. tetap berpesan agar Saidina Ali mengajak manusia memeluk Islam dan menyatakan ganjarannya. Di waktu yang kritikal sebegitu, Nabi S.A.W. tetap memberikan pesanan yang cukup berharga untuk umatnya walaupun hanya seorang manusia berjaya diajak melakukan kebaikan (samada memeluk Islam atau melakukan sebarang ketaatan), itu adalah lebih daripada memiliki harta yang paling bernilai di dunia! Nabi S.A.W. inginkan seorang muslim mempunyai persepsi yang berlainan daripada persepsi seorang manusia biasa yang hanya membicarakan soal material dan keduniaan. Hadis ini membuka dimensi baru bagi seorang mukmin agar melihat keuntungan mendidik manusia melakukan kebaikan mengatasi keuntungan duniawi yang sementara dan terhad manfaatnya. Bukan hanya kuantiti yang dicari tetapi kualiti!

Manakala hadis keempat ( diriwayatkan oleh Imam Muslim ) pula mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin pergi ke medan jihad bersama Rasulullah S.A.W. namun tiada pula kelengkapan yang mencukupi. Maka Nabi S.A.W.  menyuruh lelaki itu pergi ke rumah seorang lagi sahabatnya yang sakit tetapi mempunyai kelengkapan untuk berjihad. Lihatlah bagaimana sahabat Nabi S.A.W. yang sakit ini mampu merebut ganjaran pergi berjihad dengan membantu sahabatnya yang mampu. Semuanya disebabkan Rasulullah S.A.W. sendiri yang telah membuka laluan kepada sahabatnya!

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang berusaha mencari jalan untuk orang lain turut sama mendapat kebaikan dan keberkatan daripada ALLAH. Jadilah penyebab kepada petunjuk dan hidayah, bukan penyebab kepada maksiat dan dhalalah (kesesatan)!



AyUh sAhAbAtKu!!!
BaNgKiTlAh SeBaGaI pEjUaNg ISLAM


No comments:

Post a Comment