Tuesday, November 9, 2010

MuSLiM yAnG "IsLaMoPhObiA"

Sebelum ikuti kisah di bawah....
Adakah anda tahu apa itu Islamophobia..??
Islamophobia merupakan satu bentuk NEOLIGISME yang merujuk kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam. Ia juga bermaksud ketakutan yang berlebih-lebihan atau Islam itu merupakan agama yang menganjurkan keganasan dan ianya digunakan  untuk menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk terhadap orang Islam.

Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa Islamophobia dalam kalangan bukan Islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dalam kalangan umat Islam sendiri....
Ikuti dialog di bawah...

"Kenapa orang bukan Islam begitu sukar untuk memahami Islam?" tanya seorang pemuda dengan nada kesal.
"Sebab orang Islam sendiri gagal memahamkan diri mereka," jawab saya perlahan.
"Kenapa orang Islam gagal memahamkan orang bukan Islam tentang Islam?"
"Sebab orang Islam sendiri tidak faham Islam!"
"Apa bukti kata-kata awak ni?"
"Buktinya jelas. Lihat sahaja dalam realitinya, apakah masyarakat Islam pada hari ini selamat dan menyelamatkan?"
"Kenapa ke situ pula arah percakapan awak?"
"Sebab Islam itu bererti selamat. Bukan sahaja selamat bahkan mampu menyelamatkan. Maka sudah tentulah secara logiknya umat Islam adalah umat yang paling selamat dan dapat menyelamatkan orang lain."
"Tetapi realitinya tidak begitu kan?"
"Awak boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Kita mundur dari semua aspek samada rohani atau jasmani."
"Maksud awak di dunia antarabangsa?"
"Tak payah pergi jauh. Lihat sahaja di negara kita. Siapa yang terlibat dalam gejala sosial? Siapa yang paling ramai di pusat serenti? Siapa yang tertinggal di bidang ekonomi? Ya, bangsa melayu Islam," kata saya.


Inilah ragam melayu ISLAM di negara kita


"Awak jangan silap, kelemahan umat Islam bukan bererti kelemahan Islam," katanya.
"Benar, tetapi umat Islamlah yang menyebabkan berlakunya Islamophobia. Umat Islam yang tidak mengamalkan Islam secara penuh dan menyeluruh," balas saya.
"Musuh ambil kesempatan memburuk-burukkan Islam atas kelemahan umat Islam. Mereka yang salah."
"Jangan salahkan orang lain jika kita sendiri yang membuka peluang untuk diperlakukan demikian,"
"Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah Islamophobia?"
"Dalam kalangan siapa? Umat Islam atau bukan Islam?" bidas saya.
"Tentulah dalam kalangan bukan Islam yang mengatakan Islam itu mundur, ganas, berpecah-belah dan militan."
"Bagi saya kita perlu laksanakan strategi serampang dua mata"
"Macam mana pula tue"
"Kita perlu perjelaskan dan mengamalkan Islam yang sebenar dalam kalangan umat Islam. Itu yang penting."
"Bagaimana dengan bukan Islam"
"InsyaAllah umat Islam yang faham Islam dan mengamalkannya merupakan hujah yang kuat untuk menolak Islamophobia,"
"Kenapa?"
"Selamanya manusia mempercayai matanya daripada telinga. Action speaks louder than words."
"Eh, tak faham pula saya."
"Kita mesti mengamalkan Islam yang boleh dilihat. Bukan sahaja cakap-cakap tentang Islam yang hanya enak didengar."
"Apakah amalan Islam kita sekarang masih tidak cukup?"
"Belum cukup dan belum sempurna." kata saya lagi.
"Jangan ekstrem. Berpada-padalah. Bersederhana."
"Awak nie.... Biar betul. Ukuran mana yang awak pakai?"
"Siapakah yang paling sederhana dalam mengamalkan Islam?"
Pemuda itu terdiam.
"Role model individu yang paling sederhana dalam mengamalkan Islam ialah Rasulullah S.A.W. Bagindalah yang pernah bersabda, sebaik-baik urusan adalah yang pertengahan. Justeru, Bagindalah orang pertama yang mengamalkan apa yang diperkatakannya."
"Ikut nabi...... susahlah."
"Bagindalah ikutan kita mengamalkan kesederhanaan Islam. Bagindalah yang mengamalkan prinsip-prinsip kesederhanaan dalam Al-Quran."
"Maksud awak konsep wasatiyah?"
"Wasatiyah dalam seluruh sistem hidup. Daripada persoalan ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Yang merangkumi soal aqidah, syariah dan akhlak."
"Siapa yang mampu buat begitu?"
"Para sahabat, salafussoleh dan orang mukmin dari dulu sehingga sekarang. Mereka ialah golongan sederhana yang mengikuti Rasulullah S.A.W. insan yang paling sederhana,"
Melihat dia diam, saya menambah,"Lihat bagaimana iman, solat, ekonomi, ketenteraan dan seluruh cara hidup mereka. Itulah model kesederhanaan yang diredhai Allah. Selain itu masih dikira ekstrem, samada ekstrem yang liberial atau ekstrem yang fanatik."
"Bagi saya sederhana itu adalah dengan mengamalkan Islam yang tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan. Kita dilihat mampu menyesuaikan diri dengan keadaan yang majmuk dan pelbagai."
"Saya setuju dengan pandangan awak. Lihat apa yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W. Baginda mampu menghadapi dan menangani cabaran masyarakat majmuk di Madinah."
"Kita perlu diplomasi."
"Diplomasi yang tidak menggadaikan hukum dan peraturan Allah."
"Contohnya?"

ISLAM ITU SEDERHANA

"Apabila kita makan, kita memilih yang halal, menolak yang haram dan syubhah. Itu sederhana. Apabila kita berpakaian, kita menolak pakaian yang mendedahkan aurat, itu sederhana. Apabila berekonomi kita menolak riba' dan penzaliman. Itu sederhana. Apabila......"
"Cukup-cukup. Itu semua berlaku dalam kalangan umat Islam bukan? Bukan itu sasaran saya. Sasaran saya ialah Islamophobia dalam kalangan bukan Islam."
Saya hampir menggeleng-gelengkan kepala. Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa Islamophobia dalam kalangan bukan Islam boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi Islamophobia dalam kalangan umat Islam sendiri.
"Cuba awak fokus sedikit pada bukan Islam."
"Ya. Saya teringat apa yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi mengenai ucapan seorang intelektual yang baru memeluk Islam..."
"Ya, itulah yang saya nak dengar!"
"Kata intelektual itu, subhanallah yang mengenalkan aku dengan Islam terlebih dahulu sebelum aku mengenal orang Islam."
"Pelik bunyinya?"
"Tak pelik sebenarnya. Maksudnya, mujur dia memahami agama Islam yang begitu indah, sempurna dan praktikal secara ilmiah terlebih dahulu. Hingga dengan itu pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Sekiranya dia terlebih dahulu mengenal perangai dan sikap orang Islam yang buruk, maka dia tidak akan tergerak untuk memeluk Islam. Maka dia memuji Allah atas rahmat itu!"
"Tetapi ramai juga orang yang tertarik kepada Islam kerana umat Islam, betul tak?"
"Betul. Tetapi umat Islam yang bagaimana? Tentulah umat Islam yang mengamalkan Islam."
"Isy, fokus awak masih kepada orang Islam. Itu bukan sasaran saya."
"Saudara, memang benar kita akan ditanya oleh Allah mengapa kita tidak berdakwah yakni memberi penjelasan tentang Islam yang sebenar kepada bukan Islam tetapi Allah tentu akan lebih bertanya kepada kita apakah kita telah mengamalkan Islam yang telah kita akui kebenaran dan kesempurnaannya. Bukankah kita bertanggungjawab menyelamatkan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka terlebih dahulu? Bukankah moto dakwah kita adalah perbaiki diri dan serulah orang lain?"
"Jadi awak enggan berusaha mengatasi masalah Islamophobia dalam kalangan bukan Islam?
"Sya menyokong. Fitnah yang melanda Islam dan umat ini perlu ditangani dengan serius. Ia satudakwah dan jihad yang utama."
"Tetapi awak macam skeptis(ragu-ragu) sahaja..."

SEMPURNAKAN KEFAHAMAN UMAT ISLAM

"Bukan begitu. Saya berasa kita perlu juga baiki dan sempurnakan kefahaman dan amalan Islam dalam kalangan umat Islam, sekali gus kita perjelaskan Islam yang kita fahami dan amalkan itu kepada bukan Islam. Mari kita amalkan cara hidup Islam yang syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu kita."
"Mengikut nafsu?"
"Ya, kekadang ada yang sesuai, kita ikut. Tetapi ada yang kita rasa tidak sesuai lalu kita pinggirkan. Saya teringat ancaman Allah dalam ayat Al-Quran tentang golongan yang beriman tentang sebahagian isi Al-Quran dan kufur dengan sebahagian yang lain. Mereka itu dijanjikan dengan kehinaan ketika hidup di dunia dan akan dilemparkan ke neraka."
"Awak mengancam."
"Tidak, ini mengingatkan kerana kasih-sayang. Saya pun lemah. Tetapi jika kita sama-sama berusaha, kita akan saling menguatkan."
"Kalau begitu, boleh tak kita jangan bercakap tentang neraka?"
"Mengapa?"
"Itu menakutkan. Kita soal bincang soal yang harmoni."
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ajaran Islam yang harmoni. Tetapi soal neraka dan syurga adalah soal iman. Ia adalah perkara pertama dan utama yang ditekankan oleh Nabi S.A.W. di peringkat awal perjuangannya."
"Awak menakutkan orang bukan Islam."
"Maaf saudara, daya sedang berhadapan dengan saudara.... orang Islam. Kita perlu bercakap soal iman kerana tanpa iman, Islam akan hanya ada di fikiran dan lisan, bukan di hati dan amalan."
"Bukan begitu, tetapi soal ini pelu dikemudiankan...."
Saya terdiam. Oh, betapa ramainya orang Islam yang mengukur kesederhanaan Islam mengikut "kesederhanaan" nafsu, bukan lagi merujuk kepada sejarah pengalaman Islam oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang merujuk kepada kesederhanaan wahyu!.....


jAdIkAnLaH ISLAM sEbAgAi SaTu CaRa HiDuP
BuKaN hAnYa pAdA mycard AnDa!!!


No comments:

Post a Comment