Friday, November 26, 2010

TaKdIr..??


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Bersyukur kepada ALLAH dengan segala nikmat yang dikurniakanNYA kepada kita terutamanya nikmat yang paling besar iaitu..... 
apa dia kawan2..???
mestilah nikmat iman dan islam... Alhamdulillah...
Entry kali nie ana nak kupas sikit salah satu topik yang terdapat dalam buku “Bila ALLAH menduga kita”  nukilan SYED ALWI ALATAS iaitu beriman terhadap takdir...


ha !!!
nielah cover bukunyer....
Apa itu takdir sebenarnya sahabat-sahabat sekalian..?
Adakah kita mampu untuk menentukan takdir kita sendiri..?
Jawapannya.... jeng3x....
Selamat membaca.....  ^_^
Sebagai gambaran betapa lemahnya pengetahuan manusia terhadap nasib yang akan menimpanya, kita ikuti kisah ini yang mana salah satu bahagiannya bercerita tentang takdir. Mudah-mudahan mampu melengkapkan pengertian kita mengenai takdir.
Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau sesiapa pun yang mampu menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu dengan seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,
            “ Siapa tuan..? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan
              saya..?”
“ Saya hamba ALLAH dan dengan izinNYA saya akan berusaha menjawab persoalan tuan.”   Jawab orang bijak itu.
“ Tuan yakin..? Bahkan profesor dan ramai orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”
“ Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.”
“ Saya ada 3 pertanyaan,
  1)   Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada   
saya..?
  2)    Apa yang dinamakan takdir..?
 3)  Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang juga dibuat daripada api, tentu ianya tidak menyakitkan bagi syaitan sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu..?
Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu sahaja terkejut yang amat sangat.
                “ Kenapa anda marah pada saya..?”  Tanyanya sambil memegang

                  pipinya yang terasa sakit.
    “ Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk

     ketiga-tiga pertanyaan tuan.”  Jawab si bijak dengan tenang.
    “ Saya kurang faham.” Si pemuda berasa hairan.
    “ Bagaimana rasanya tamparan saya..?”
    “ Tentunya sakit.”
    “ Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada..?”
    “ Tentu sahaja.”
    “ Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu!”
    “ Saya tidak boleh.”
   “ Itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tuan. Kita semua

     merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNYA.”
   “ Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan

    dari saya hari   ini..?” Tanya si bijak lagi.
   “ Tidak.” Si pemuda menggeleng.
   “ Itulah yang dinamakan takdir.”
   “ Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk

     menampar tuan tadi..?” Si bijak kembali bertanya.
   “ Dari kulit.” Jawab si pemuda.
   “ Dari apa pula pipi tuan diciptakan..?”
   “ Dari kulit juga.”
   “ Bagaimana rasanya tamparan saya..?”
   “ Sakit.”
   “ Walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka

     tetap menjadi tempat menyakitkan bagi syaitan.”
Itulah yang dinamakan takdir dan kita sama sekali tidak mengetahui apa yang telah ditetapkan untuk kita pada hari esok. Kita hanya mengetahui  yang sedang atau yang telah berlaku. Sedangkan ALLAH mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku ke atas diri kita. ALLAH yang menetapkan semuanya dan ALLAH juga lebih mengetahui rahsia di sebalik ketetapanNYA. Walaupun takdirNYA sering menimpa  dengan tiba-tiba dan tidak di jangkakan, kita tidak perlu menyesalinya. Walaupun ketetapanNYA sangat berat dan menyakitkan, kita tidak perlu rasa bersalah kerana tidak ada yang perlu disalahkan dari takdir. Kitalah yang perlu menanganinya dengan bijak untuk kebaikan di masa hadapan.
Wallahualam...

2 comments:

  1. salam...
    cerita yang menarik..
    baca banyak kali pun tak bosan... (^___^)

    ReplyDelete