Bismillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah….
Wahai sang pengkritik,
Anda hebat mengatakan anda hebat!
Anda hebat mengangkat diri anda yang hebat!
Anda hebat menyebarkan kehebatan anda!
Sedangkan Allah itu jauh lebih HEBAT!!!
Wahai sang pengkritik,
Betulkah kritikan anda pada si dia?
Betulkah kritikan anda pada mereka?
Betulkan kritikan anda pada kumpulan mereka?
Sudah cukupkah kritikan anda tentang diri anda?
Sudah lihatkan kritikan Allah pada diri anda?
Renung-renungkan wahai sang pengkritik…
Wahai sang pengkritik,
Sebelum anda bertindak untuk mengkritik,
Lihatlah insan yang dikritik,
Jauh lebih hebat dari anda!
Kerana apa???
Setiap butir bicara kritikan anda,
Menabur beribu-ribu pahala buat mereka,
Setiap kata-kata kritikan anda,
Meningkatkan lagi darjat mereka,
Rasulullah s.a.w. juga dikritik bukan???
Maksudnya?
Anda sekufu dengan mereka yang mengkritik Rasulullah??!
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah….
Wahai sang pengkritik,
Berhenti dari mengkritik orang lain,
Kerana manusia itu bukan sempurna,
Diri anda juga bukan hebat mana,
Kembalilah kepada Allah yang Esa….
Kalau benci simpan di lubuk hati,
Usaha terus mencari jalan hakiki,
Terus berdoa agar dibersihkan hati,
Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalillah!
Ke jalan Ilahi…
Kalau mereka menjadi api,
Mengapa tidak anda menjadi airnya?
Kalau mereka menjadi air,
Mengapa tidak anda menjadi tanahnya?
Kalau mereka menjadi tanah,
Mengapa tidak anda menjadi akarnya?
Hidup ini saling memerlukan,
Untuk bersama membina Ustaziatul alam,
Dari individu muslim itu,
Akan lahirlah generasi-generasi,
Yang akan membentuk daulah Islam….
Ayuh!
Berusahalah ke arah itu…….
No comments:
Post a Comment