Penjual
: Lelong! Lelong! Lelong! Saya ada jual herbastyle RM180 free postage dan botol…
Beli, beli….
Akhwat
Kaya : (Macam menarikla) dalam hati…. J Penjual, penjual… Apa kelebihan dia ye?
Penjual
: Oh! Banyak kelebihan dia… Boleh kempiskan perut yang dah ehem2, rampingkan
badan yang dah uhuk3, hilangkan kesan jeragat di muka yang nampak kui3…
Akhwat
Kaya : (Mantap! Nak beli tapi duit tak cukup) dalam hati J Owh! Yeke! Ok2, Jay
Zek Kay Kay ye penjual…
*******************************************************************
Kawan
: Akhwat kaya, nak tahu tak… Ana dah guna herbastyle tue… Alhamdulillah, dah
nampak perubahan yang positive pada diri ana…
Akhwat
kaya : Naam, ana pun nampak perubahan enti lah… Ana rasa macam nak belilah
untuk tarik mad’u-mad’u ana.. (Ohsem!)
Kawan
: Kalau nak, ana boleh orderkan RM100 je kat kawan ana… Enti nak?
Akhwat
kaya : Eh! Ianya sangat murah… Bolehlah J huhuhuhu
*******************************************************************
(Dalam
program GMJ)
Mutarabbi
kiut : Ehem, akak2… Button tue chanteklah, murah pulak tue… 4 RM20 J tak nak belanja ke?
Akhwat
kaya : (Duit dah takde nak suruh pulak belanja :p) dalam hati J hehehehehe, duit
akak takdelah dik… untuk akak pun akak tak beli… hehehehehehehe
Mutarabbi
kiut : Wit2, herbastyle haritu bape ratus kak? J
Akhwat
kaya : (Pergh!!!!) dalam hati……. Then……
Kecik ati terus blah!
Mutarabbi
kiut : Erk!
*******************************************************************
Tarbiyah Allah
itu sentiasa dan berterusan…. Dari siapa pun, Di mana pun antum berada masih
berada dalam pengawasan Allah dan pilihan Allah (InsyaAllah)… Ingat wahai daie!
Mad’u itu mendidik diri agar terus mengajar pelbagai aspek dari sudut
kesabarannya, dari sudut skill dakwahnya, dari sudut kebergantungan padaNya n
macam2 lagi…
“Enti dulu senang
nak ditarbiyah, tapi kenapa sekarang susah nak ditarbiyah ye”
Kerana Allah
ingin menguji… Anda dan saya = KITA
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu
(wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga
ternyata pengetahuan Kami tentang adanya
orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu
dan orang-orang yang sabar
(dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga)
Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya)
berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Teruslah,
Teruslah, Teruslah menyayangi, mengasihi dan menyantuni mad’u kalian kerana
mereka masih perlu dibimbing hingga ke sorgaNya… Harta, wang ringgit bukan
untuk kepentingan diri semata-mata tetapi juga mungkin untuk mad’u antum…
Terkadang untuk diri duit segalanya serba cukup tetapi untuk mereka berat
sahaja untuk memberi… MasyaAllah,
Astaghfirullah… Faghfirlana Ya Rabbi…
(Mad’u tiket untuk ke sorgaNya, Kalau dah malas nak melayan
mereka antum dah burn kan salah satu tiket untuk ke sorgaNya) ERK! Ok, daie
cute! Pasak dalam diri di dalam lubuk hati paling dalam insyaAllah….
Peace No war! J
Jangan Berhenti Berlari Menuju RedhaNya!!!
ape mksud mad'u?
ReplyDeleteorang kita dakwah ukht :)
Delete